Pages

Tuesday, January 11, 2011

Maksud CINTA, KASIH, SAYANG & HATI sebelum & selepas Perkahwinann!!!


Hye guys!!! kali ni  saya nak kongsikan maksud yang mendalam bagi WORD 
Cinta
 Kasih
 Sayang
dan
Hati 
Sebelum perkahwinan dan Selepas perkahwinan yang selalu terjadi dalam kehidupan kita pada masa ini....



 CINTA :

 (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
 I = impian indah ibarat syurga.
 N = nikah impian utama.
 T = taat setia membawa bahagia.
 A = awal dan akhir bersama-sama

 (selepas kahwin)

 C = cuka yang dituang pada luka.
  I = iblis yang merosak minda.
 N = nafsu semata-mata.
 T = tuba yang dibalas semula.
 A = api dalam neraka.



 KASIH :

 (sebelum kahwin)

 K = kongsi semua suka duka.
 A = abang adik, ayang anja.
 S = sumpah janji di bibir sentiasa.
 I = istana bahagia dah dicipta.
 H = hatiku hatimu jua.

 (selepas kahwin)

 K = kaki tangan naik kat kepala.
 A = abuk pun tara, nak makan apa??
 S = simpati langsung tak ada.
 I = ironi membakar jiwa.
 H = hidup mati sama je.



 SAYANG :

(sebelum kahwin)

 S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
 A = asal free mesti nak jumpa.
 Y = you lap me, I lap you!
 A = apa saja sanggup diduga.
 N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
 G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

 (selepas kahwin)

 S = salah sikit kiamat dunia.
 A = air tak sedap, basahlah mata.
 Y = yang betul dia je.
 A = ada takde, bagi anak reti la.
 N = nak dilawan, digelar derhaka.
 G = gaduh sampai lebam.

 HATI :

 (sebelum kahwin)

 H = hanya dikau yang daku cinta.
 A = air paip pun manis macam gula.
 T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
  I = igauan indah tak terkira.

 (selepas kahwin)

 H = hantu jembalang lagi sempurna.
 A = air mata jadi teman setia.
 T = tempat mengadu dah tak ada.
 I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... 
       nak buat macam mana?


 HAH macam mana? betul kan semua tu... Dunia Oh Dunia... Tetapi yg seharusnya kita amalkan dan ikut adalah kata-kata seperti dibawah ny..

 C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
  I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
 N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
 T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
 A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

 K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
 A-Akad dilafaz cinta berbunga
 S-Suami disanjung-tinggi
 I-Isteri disayangi
 H-Harumlah kasih sepanjang zaman

 S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
 A-Ada masalah, dibincangkan bersama
 Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
 A-Amalkan hidup bertoleransi
 N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
 G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

 H-Hati suami mesti dijaga
 A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
 T-Tanggung-jawab dipikul bersama
 I-Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

Jadi, kepada uolsss semua pikir-pikir lah yer.. tepuk dada tanya hati dan akal fikiran yang logik lagi sihat. Perkahwinan adalah untuk berkongsi segala-galanya antara suami dan isteri. Persefahaman, Kejujuran dan Tolak Ansur antara suami dan isteri adalah amat penting bagi sesuatu hubungan itu. Jangan cepat melenting dan tuduh melulu.. Berbincang lar seelok-eloknya... Wallahualam...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

3 comments: