Pages

Wednesday, October 26, 2011

Harian Metro ~ setempat~ 17 MEI 2011~

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini.
saya sertakan keratan harian metro dimana ianya menceritakan sedikit sebanyak tentang
kemalangan yang berlaku pada arwah adik saya.



Ini lah keratan harian metro pada 17 Mei 2011.
di ruangan setempat..

Berita ini pun tak pasti kesahihan nya.
Hanya Allah, Arwah dan orang yang tidak bertanggungjawab itu sahaja yang tahu macam mana kejadian tersebut berlaku.
sebab tiada orang awam mahupun pelanggar lari itu yang tampil  untuk beri keterangan kepada pihak polis.
biar lah hanya ALLAH yang membalas dengan balasan yang setimpal
dan semoga ianya berbalas dengan ganjaran pahala serta syurga
 buat arwah Muhammad Siddiq bin Rosli.
Aminnn Amin Ya Rabbal Alamin~



Semoga roh Muhammad Siddiq bin Rosli tenang aman dan bahagia disana serta
ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan yang beramal soleh@para-para solehin..

Amin Ya Rabbal Alamin...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, September 17, 2011

Sokongan dan Dorongan...Sabar & Tabah.

Terima kasih buat semua kawan-kawan sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak memberi bantuan sokongan  dan dorongan buat kami sekeluarga..

banyak kata-kata perangsang yang kami terima..

Maaf pada kawan-kawan semua sebab aku dah tak terfikir langsung nak bagitahu korang mengenai hal ini.
bukan tak nak bagitahu tapi, kalau korang yang pernah rasa apa yang aku lalui korang tentu akan faham.
Maaf sangat-sangat serius aku tak ingat langsung nak inform..


yer...
perkataan tabah dan sabar sering bermain di telinga pada waktu itu.
aku hargai sangat-sangat..
tapi sekuat mana pun kami, sedih dan pilu tetap ada dalam diri ini.

Actually, sebelum ni aku pernah juga kehilangan ahli keluarga yang lain seperti sepupu, atuk, pakcik dan makcik.  Betul orang cakap hanya orang yang pernah "kehilangan" saje yang faham situasi kami pada waktu itu.

Tapi sedih tu, tak kan sama.. Sangat berbeza sama sekali. Lagi-lagi lah kehilangan orang yang muda dari kita dimana beberapa jam sebelum itu kita masih nampak dia bergerak, bercakap, masih sihat bugar takde sakit yang memudaratkan pun. Sesungguhnya Ajal itu tidak mengenal usia..

Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T ambil nyawa adik ku terus, at least dia tidak tersiksa samada koma ataw menahan sakit. ada kenalan adik saya yang lain pun eksiden juga dan disahkan koma selama 2 minggu. Ya Allah siksa nya dia. Setiap hambaNYA memang bahagian lain-lain.

Kami buat kenduri arwah selama 3 hari berturut-turut.. dan ternyata arwah memang amat disenangi dikalangan kawan-kawannya. Lihat pada kedatangan rakan-rakan arwah yang datang cukup menggambarkan bahawa arwah memang baik dan sangat disenangi. Ramai sungguh kawan arwah yang datang kenduri arwah dan ziarah kami pada waktu itu. terharu dan senang sikit hati dan secara tidak langsung dapat redakan sikit kesedihan.

Sekali lagi aku bagi pihak keluarga nak ucapkan jutaan terima kasih dan maaf yang mana terkurang layanan.
Entry yang akan datang, aku akan upload keratan berita kemalangan adik aku.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Friday, September 16, 2011

16 Mei 2011-Part 2~

Sambungan dari entry yang sebelum ni..
sesampainya dirumah...
tanpa matikan engine, aku terus meluru masuk ke rumah...
yang ada hanya mama dan along.

aku terus keluar semula sebab mama dan along dah ready untuk ke HSI
aku terus duduk disebelah driver..
sebab masih menggigil..takot nak drive jauh2..

dalam hati tak henti-henti aku sedekah Al-Fatihah buat arwah adikku...
dalam keadaan masih terkejut dan percaya dengan tidak...
aku tengok mama sangat tabah...
kami hanya diam membisu dalam kereta pada waktu itu..

di HSI ayahde sama-sama sampai dengan kami.
aku terus keluar kereta dan meluru dapatkan abah.,.
kebetulan time tu pegawai yg incharge kes arwah adikku tengah berbincang dengan abah.

gf arwah adik ada disitu sekali bersama kawan dan abangnya.

lepas bincang dengan polis tu, abah terus berjumpa dengan kaunter meminta kebenaran untuk kami melihat jenazah adikku. Dalam 10 minit, kami pun diminta bersedia..

attendan hospital membawa keluar jenazah adik, dan bile dibuka saja semua yang ada kat situ diselubungi rasa sedih. Aku berdiri teguh disebelah mama, sebab aku satu2 nya anak perempuan dalam kuage aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk kuatkan mama... aku peluk mama kuat-kuat waktu tu..
hanya tangisan yang dapat menggambarkan perasaan kami waktu tu...

Ya Allah, aku masih tidak percaya apa yang aku lihat depan mata ku...
baru 4jam yang lepas aku masih melihat adik aku segar bugar sihat walafiat..
jasadnya masih bergerak..

beratnya dugaanmu Ya Allah...
sesunggunya KAU lebih menyayangi adik ku daripada kami semua..

lepas 5min dalam tu, kami keluar ke lobi dan dimaklumkan post-mortem hanya dibuat dalam pukul 2.30pm.
kami pun pulang ke rumah dan yang tinggal hanya uda untuk menunggu jenazah adik..

Dalam pukul 4.30pm macam tu, jenazah dibawa pulang kerumah untuk disolatkan disurau.segala persiapan mandi dan kafan telah dibuat di hospital..

Sekali lagi aku berdiri dapatkan mama, supaya mama kuat dan sempat aku pesan dengan mama jangan pernah walau setitis pun air mata mama jatuh di jenazah adik.. takut dia tersiksa..(itu yang pernah aku dengar ustaz beri syarahan)

lepas dibuka kain di muka arwah, sekali lagi aku menangis.
tapi mama??? Ya Allah tabah nya hati mama...
hanya bergenang jer air mata mama sambil menelan air liur menahan sebak...
Kuatnya dan tabah nye hati mama pada waktu itu.. aku pun tidak setabah itu... dimana mama cari kekuatan itu? mama terlalu sayangkan arwah adik sebab tu mama tak nangis dan mama redha dengan ketentuan-NYA. Aku bangga dapat mama setabah itu dan bermohon kepada-nya supaya aku sekuat dan setabah mama.

jenazah terus dibawa ke surau untuk disolatkan dan ke tempat pengebumian untuk disemadikan.
Jenazah selamat dikebumikan jam 5.20pm lebih kurang...



 HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, August 7, 2011

16 Mei 2011

Hari ini merupakan hari yang paling sibuk buat aku...
Mana taknya, hari ni kan Hari Guru..
dan aku pula yang handle sekolah-sekolah untuk akaun Nuri Bank Rakyat..
Jadi haruslah aku sibuk untuk menghantar Sumbangan ke semua sekolah yang commit dengan Bank Rakyat..


Janji dengan collague nak pi sekolah-sekolah tu semua pukul 9.00am.
naik tingkat atas, tengok dia masih tak siap lagi kerjanye..
dia cakap pukul 9.30am lar Intan..

Okey, saya tunggu dibawah...
Jam 9.30am Intercom dia..dia cakap dalam pukul 10.00am..

adeyh kena tunggu lagi....


tik tok tik tok tik tok...
yeayh jam dah pukul 10.00 am..
saya pun naik ke tingkat atas nak ajak pi sekolah2..
anddddd dia still tak settle lagi kerja...
dia kata okey lagi sikit je ni..
nanti saya siap saya turun bawah...


tapi aku malas nak turun dulu, sebab kalau aku turun, kompem2 dia delay lagi..
huh boss dah tanya dah nak pergi pukul berapa ni?
nanti sekolah dah habis sambutan baru you all sampai.


10.15am
kami pun turun...
dan aku pun siap-siapkan dan angkat beg yang berisi sumbangan dari Bank Rakyat khas untuk sekolah-sekolah sambut Hari Guru tersebut..


baru jer nak melangkah kaki keluar dari bank..
saya dapat panggilan dari Along..


Along : Ngah kenapa kau tak angkat angkat telefon ni Ngah???
Angah : Orang busy lar hari ni.. Hari ni kan Hari Guru..Orang nak bagi Sumbangan kat sekolah sekolah...Kenapa?
Along : Andak Ngah... Andak..
Angah : Kenapa dengan Andak???
Along : Andak dah tak der Ngah...


Aku terus terkedu,tergamam dan terdiam sebentar...


Angah : Hah Takder??? Macam mane pulak?
Along : Andak dah meninggal Ngah... 
Angah : Innalillah.... Macam maner Long ?
Along : Accident...Sekarang kau balik drive slow2....
Angah : Macam mana boleh jadi Long?
Along : Along tak tawu cerita lagi.. Abah pun tak cerita apa-apa lagi... Nanti balik kite pergi Hospital...
Angah : Okey....


Serta merta seluruh badan aku menggigil... Tamatnya perbualan antara aku dengan Along, air mata aku berjujuran laju seperti hujan yang sedang turun kat luar bangunan...
Cuaca diluar seakan mengerti apa yang akan jadi dengan aku sekeluarga..


Semua orang tanya aku...
dah ni kenapa menangis pulak ni???
aku tak mengendahkan langsung pertanyaan mereka dan terus meluru ke arah boss..


Aku: Boss, saya nak balik sekarang!!!
Boss : ???? sambil buat muka pelik..
Aku : saya nak balik boss, Adik saya meninggal...
Boss : Meninggal ??? sebab apa ?
Aku : Accident boss...
Boss: Macam mane?
Aku : Ntah, saya tak tawu cerita pape lagi pun...
Boss : Okey...Tapi you boleh drive tak ni?
Aku : Ntah lah boss, saya menggigil lagi ni.
Boss : you cool down dulu...dah okey, baru gerak. Bahaya nanti
Aku : baik boss.


dan terus tangan aku ambil hp untuk bagitawu pada tunang aku..


sms : Andak meninggal.. (hanya itu saja yang terlarat untuk aku type sebab tak sanggup rasanya dan takde kederat nak tulis panjang2 )


Lepas segala serahan kerja dah dibuat, aku pun tinggalkan bank dengan perasaan yang bercampur baur.
Antara percaya dan tidak..


Sesampainya dalam kereta, tunang aku call dan tanya betul ke tidak..dia pun masih tidak percaya..dan dia terus ambil EL untuk turun ke johor..


Sepanjang perjalanan aku masih berfikir akan hal tadi dan masih terngiang-ngiang apa yang along bagitahu tadi..
dan seta merta jugaklah  masih terbayang-bayang pagi tadi adik aku masih bernyawa sihat bugar depan mata aku..


Ya ALLAH..hebatnya dugaan yang KAU berikan untuk kami sekeluarga Ya ALLAH.


Dalam perjalanan balik ke rumah, makcik aku call.tanya aku kat mana dan dah tawu ke belum.. sambil bertanya, makcikku menangis... walaupun time tu aku sebak sangat2 tapi aku kuatkan hati aku untuk tidak menitiskan air mata time makcikku call..
aku tak sanggup.. nanti makin aku nangis makin makcik aku nangis jugak..


seraya letak nyer fon tu, baru air mata aku jatuh dengan lajunyer... dan terus beristighfar biar ditenangkan hati agar tidak hilang fokus time drive... 


Sesampainyer dirumah........






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, July 24, 2011

hi...how are you..

hi...how are you...

mesti teruja kan dapat chat dari rakan-rakan facebook yang dah lama tak bertegur sapa
tetibe say hye & tanya khabar pada kita...

tak pun kita rasa terlalu pelik tetibe membe yang selalu dah chat ngan kite
tetibe nak speaking LONDON bagai dengan kite..

dan terus lar reply..
oit ko kenapa poyo no nak speaking2 bagai...

padahal membe tak online pon...
huh..

terkono den!!!
alar alar rancangan APA SAJA FBI kat TV9 pulak kan?
huh...

dan time kite reply tu lar
Virus dah masuk menjalankan aktiviti yang ditunggu2 nyer untuk meranapkan lappy,
komputer kita semua..

hai lar zaman sekarang..
teknologi memang dah terlalu maju..
SYABAS!!!

dan ramai juga siswa siswi yang kat luar sana
yang dah terlalu pandai gaknye...

sampai nak sebarkan virus macam tu sekali.
dok menyusahkan orang jer kan?

maybe diorang ni tengah menganggur kot..
tu yang tak tawu nak buat apa tu.
sampai create the new virus..
mesti dey all bangga gile kan virus tu berjaya diorang buat.

TAPIiiiiiiiiii... sebenarnya.
diorang ni dahhhh....

menyalahgunakan ilmu yang dipinjamkan oleh ILAHI untuk dia.
nanti KAU jawablah yer kat alam SANA..
dan kau jinjing lar semua lappy-lappy orang, komputer komputer orang yang dah KAU sebarkan virus tu.

semoga kau sedar yer si tukang penyebar virus.
dan si tukang menyusahkan orang.

Pokok nya...
kalaw uollss ada menerima chatting macam tu kat FB uolssss
sile abaikan yer..



p/s : sakit hatiiiii, sakit sekali.....grrr~~~








HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Hilang Semangat...

Salam uolss...

Sudah lama rasanya tak hapdet blog..
Lama sangat sangat sangat okey..

Ntah kemana hilangnya semangat untuk menulis sejak peristiwa 
16 MEI 2011 bersamaan 12 JAMADILAKHIR 1432H

InsyaAllah lepas ni intan akan kembali bersemangat untuk menulis.

Kalaw uolss nak tawu peristiwa apa yang terjadi pada
16 MEI 2011 bersamaan 12 JAMADILAKHIR 1432H
dalam hidup intan sampai terasa semangat untuk menulis hilang terbuang ntah kemana..
Jangan lupa untuk nantikan nya yer.

Tunggggggguuuuuuuuuuuu...

Ok Bye Bye...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, June 11, 2011

Mari bereksperimen..


Hye alllsss... lama dah tak update kan?

Actually this entry dah lama tersorok kat dalam blog ni since 2nd of May hari tu, cuma tak berkesempatan jer nak pubish kat uolsss.. ni semua diatas sebab2 yang tertentu..

Kali ni saya nak cerita mengenai sebuku kertas yang abah saya bawa balik. Dapat pun dari kenalan abah yang kerja kat DiGi.. 
Jom kita bersama-sama buat eksperimen jom...

Jom tengok apa yang abah bawa balik!!!

TARAAAAAAAAAAA........


PEACE!!! NO WAR!!!
Owh apakah itu???



kat atas ni, pic dibahagian tepi kertas tersebut..




HAH!!!
Jelas sikit pic kat atas ni kan?




Mari kita bogel kan benda alah itu (ayat apakah ini?)

Jom bereksperimen bermula dari saat ini...

yeayhhh..

First of all, kita masukkan benda itu ke dalam baldi yang telah berisi air seperti gambarajah dibawah.


Okey, dah masukkan,
benda tu still statik tidak bergerak-gerak..

;
;
;
benda itu mula mengembang sedikit demi sedikit..


apakah akan terjadi selepas itu???


jom LAYAN~~~

TARAAAAAAAAAAAA~~~




ini lar MAGIC TOWEL from DiGi.

kreatif sungguh taw..

tetibe jer tink~ tink~

i have an idea...

yezzzzzzzzzzaaaaa...

Syyyyyyyhhhhhhhhh~~

Kalaw uolsss tak percaye, kat bawah ni menunjukkan satu yang dah dibuat eksperimen oleh mama saya yang tersayang tanpa menunggu sesiapa...sebab mama tak sabar nak wat eksperimen ni sengsorang..huhhu..


kat atas ni pic towel yang dah dibuat dan masih dalam tahanan..hihhi..



pic atas ni pule, towel yang dah keluar tahanan dan sedang menunggu untuk dibebaskan sepenuhnye..

Masa mula-mula abah cakap benda tu towel,
memang saya tak percaya okey..
sangat- sangat tidak percaya..

sampai cakap ngan abah lagi..eleyh~ abah tipuuu..
tak macam towel pun..huhhu...

abah cakap mula2 kawan dia cakap towel pun abah tak caya..
memang tak sangka seyh..
dengan apa lar DiGi ni dok lenyek towel tu kan sampai jadi penyek seperti ayam penyet...
^_______^

jadi tu yang kami sekeluarga buat eksperimen ni..
dan eksperimen tersebut terdiri dari,
ANGAH - tukang amek gambo
ANDAK - tukang amek video
MAMA & ABAH - mandor..

At last percaya jugak akhirnya..
dan towel tersebut telah selamat digunakan oleh MAMA..
menjadi hak milik mama sepenuhnye..

I LOVE YOU MAMA...
muwah muwah muwah...
I LOVE MY FAMILY....







HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, April 9, 2011

Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada Tubuh

Check It Out Sedikit sebanyak kebaikan segera VCO pada tubuh badan kita. 
Antaranya ialah :-



*Melegakan Pernafasan 
- mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

*Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.

* Meningkatkan Kadar Metabolisma pada Seluruh Sel Tubuh.
- VCO akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan. Anda akan terasa lebih bertenaga.

*  Di dalam usus kecil dan besar ia  memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing) . Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.

* Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar.
- bila penghadaman mencapai tahap maksimum. Tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal. Tidak perlu makan banyak dan kerap.

*Mengurangkan Kandungan Lemak Badan.
- berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

*Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung dan Darah Tinggi.
-  mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

* Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru.
-  mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.


Lepas ni Next Entry, intan kongsi pengalaman intan makan VCO ni yer... 

*** Pada sesiapa yang nak order VCO ni boleh lah emel kan sahaja pada saya
shielazura@yahoo.com
atau PM di FaceBook saya
atau contact saya di Talian 
019-2292088

*** dan pada sesiapa yang nak copy paste tu, sila credit kan pada intanbaizurarosli.blogspot.com ye.. TQVM.





HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Monday, April 4, 2011

Khasiat & Kebaikan VCO


Kat Entry yang sebelum ni, saya ada janji nak bagi tau Khasiat dan Kebaikan VCO kan???
Okey, Check It Out..


Kecantikan Luaran : 
** Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
** Menghasilkan tenaga segera.
** Jika disapu ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan 
     infeksi, mencegah garis-garis halus.
** Mengurangkan gejala psoriasis, eskim dan dermatitis.
** Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi 
     perlindungan dari sinaran ultraviolet.

Kesihatan Dalaman :
**  Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
**  Memperbaiki pencernaan dan penyerapa vitamin-vitamin dan asid amino.
**  Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
**  Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
**  Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.Ia juga melindungi diri dari serangan ostheoporosis
**  Mencegah risiko sakit jantung.
**  Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.



Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :
** Membantu fungsi daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payu dara, kanser   colan, dan kanser rahim.
** Berfungsi sebagai anti-oksidan, mengurangkan radang kronis.
** Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
** Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
** Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
** Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah  berbanding lemak-lemak yang lain.

Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :
** Membunuh *virus ( yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes)
     *bakteria ( yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea)
     *kulat ( yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit.

Hubungan Suami Isteri :
** Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang  ( elastik )
** Memeperbaiki kandungan sid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
** Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
** Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


Sehingga berjumpa lagi ye uolllsss, banyak lagi Khasiat dan Kebaikan yang ada pada VCo ni..
Okey BYE BYE..



*** Pada sesiapa yang nak order VCO ni boleh lah emel kan sahaja pada saya
shielazura@yahoo.com
atau PM di FaceBook saya

atau contact saya di Talian 
019-2292088

*** dan pada sesiapa yang nak copy paste tu, sila credit kan pada blog saya ye.. TQVM.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, April 2, 2011

Apakah Virgin Coconut Oil @ VCO @ Minyak Kelapa Dara???



First of all saya nak terangkan apakah sebenarnya minyak kelapa dara ni atau dikenali dengan Virgin Coconut Oil @ VCO ni???

.
*** Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya.***

Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.
Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian.
Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memeberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia

Memang banyak kebaikan dan khasiat VCO ni. jadi, tunggu my next entry about VCO yer.





VCO keluaran catalyst ini sangat senang dimakan dan tiada bau pun sebab ia dikeluarkan didalam bentuk softgel seperti gambar diatas.. 


Cuma, ambil sebiji setiap pagi dan malam masuk mulut, minum air dan telan sahaja.. sangat senang bukan???


*sila credit pada intan kalau nak copy paste ya*

*untuk order & sebarang pertanyaan
 sila emelkan di shielazura@yahoo.com ataupun PM di Facebook intan*


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Friday, April 1, 2011

Chinta Hair & Beauty Saloon .

Yeeeeeeehaaaaaa bertemu lagi kita..
di bawah segmen mari menghabiskan duit yang ada seperti air terjun yang mencurah-curah..

Actually dah lama nak repair rambut yang pernah dikimiakan sebanyak 3x ni...
tapi disebabkan oleh masa yang tidak mengizinkan, jadi haruslah lupakan sahaja niat yang ada dan dipendam kan sahaja setelah sekian lamanya.

Nak dijadikan cerita, satu hari saja la menggatal tengok Page Fasha Sandha ni.
tengok ada lar pic seperti dibawah ini. 
Opening Chinta Hair Saloon & Beauty promosi selama 1 bulan okey. 




Jadi saya terus sms dan bertanyakan kepada miamor untuk meminta kebenaran dan menemani saya.  Dan tidak disangka-sangka jawapan nya adalah positif.
HOOOOOOREY!!!!
thanx miamor...

Padahal hanya mencuba nasib sahaja. Sebab selalunya jawapan yang diberikan adalah negatif.. Angin baik lar tu... Dan pada hari Khamis17 Mac 2011 kami pergi lar mencari saloon tersebut. sangat senang perjalanan kami kerana ianya adalah weekdays dan telah dibantu oleh encik garmin di handphone miamor... 

bagi sesiapa yang tak tawu nak pergi saloon ni..nah saya bagi tunjuk peta untuk ke sana..
ianya berada ditengah-tengah antara wangsa walk dan carrefour wangsa maju.. berdekatan dengan maybank.. 



agak-agak sesat juga, sila lah call number yang tertera disitu yerp.



saya yang sedang khusyuk membaca majalah ketika di treatment.. xperasan yang ada paparazzi snap pic saya.. owh tenkiew my paparazzi.. kalau saya tau dia nak snap pic, dah tentu2 saya akan bergaya dengan lebih sopan dan cute gitu.. ^____^





waaahhh paparazzi mengganas dengan zoom kan kamera untuk mendapatkan pic yang lebih berkualiti dari yang sebelum itu...


Servis dari hair stylist dia memang tiptop bebual je..tak penat2 mulut dia.. maklumlah sama-sama johorean.. buat rambut jer 5 jam okey.. ingat kan dia nak bergurau jer.. maklumlah before this pun saya pernah juga buat rambut tapi tidak lah sampai 5jam..


5 star to miamor sebab sanggup menunggu saya ketika itu..
walaupun dia cakap kalaw balik JB dah sampai dah..hikhik
alar sekali-sekala jer.. bukan selalu.ye tak???


Okey uolsss, pada sesiapa yang berminat nak buat rambut tu, sila lah ke saloon Cik Fasha ni.. decoration dia sangat cantik & sejuk mata memandang...
PURPLE..
(waaahhh sempat promote lagi ni)

ada tempat khas untuk muslimah lagi taw.
Okey BUBBYE alllsss..



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA