Pages

Saturday, September 17, 2011

Sokongan dan Dorongan...Sabar & Tabah.

Terima kasih buat semua kawan-kawan sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak memberi bantuan sokongan  dan dorongan buat kami sekeluarga..

banyak kata-kata perangsang yang kami terima..

Maaf pada kawan-kawan semua sebab aku dah tak terfikir langsung nak bagitahu korang mengenai hal ini.
bukan tak nak bagitahu tapi, kalau korang yang pernah rasa apa yang aku lalui korang tentu akan faham.
Maaf sangat-sangat serius aku tak ingat langsung nak inform..


yer...
perkataan tabah dan sabar sering bermain di telinga pada waktu itu.
aku hargai sangat-sangat..
tapi sekuat mana pun kami, sedih dan pilu tetap ada dalam diri ini.

Actually, sebelum ni aku pernah juga kehilangan ahli keluarga yang lain seperti sepupu, atuk, pakcik dan makcik.  Betul orang cakap hanya orang yang pernah "kehilangan" saje yang faham situasi kami pada waktu itu.

Tapi sedih tu, tak kan sama.. Sangat berbeza sama sekali. Lagi-lagi lah kehilangan orang yang muda dari kita dimana beberapa jam sebelum itu kita masih nampak dia bergerak, bercakap, masih sihat bugar takde sakit yang memudaratkan pun. Sesungguhnya Ajal itu tidak mengenal usia..

Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T ambil nyawa adik ku terus, at least dia tidak tersiksa samada koma ataw menahan sakit. ada kenalan adik saya yang lain pun eksiden juga dan disahkan koma selama 2 minggu. Ya Allah siksa nya dia. Setiap hambaNYA memang bahagian lain-lain.

Kami buat kenduri arwah selama 3 hari berturut-turut.. dan ternyata arwah memang amat disenangi dikalangan kawan-kawannya. Lihat pada kedatangan rakan-rakan arwah yang datang cukup menggambarkan bahawa arwah memang baik dan sangat disenangi. Ramai sungguh kawan arwah yang datang kenduri arwah dan ziarah kami pada waktu itu. terharu dan senang sikit hati dan secara tidak langsung dapat redakan sikit kesedihan.

Sekali lagi aku bagi pihak keluarga nak ucapkan jutaan terima kasih dan maaf yang mana terkurang layanan.
Entry yang akan datang, aku akan upload keratan berita kemalangan adik aku.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

0 comments:

Post a Comment