Pages

Showing posts with label Suka Duka. Show all posts
Showing posts with label Suka Duka. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan 1433H

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA dapat lagi saya bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Untuk pengetahuan semua, tahun ni merupakan tahun pertama saya berpuasa disamping seorang lelaki yang saya sayangi dan cintai yang sudah pun SAH bergelar SUAMI buat saya.. Sungguh riang dan gembira dapat bersahur dan berbuka dengan insan yang kita sayang.

Perasaan yang sukar digambarkan kali pertama berpuasa dengan insan bergelar Suami ni.
hanya yang dah merasai perasaan ini saje yang dapat menyelaminye.



 Thanks Suamiku sebab buat suprise kat saya...
Walaupun suprise nye tak jadi, tapi saya tetap hargai pengorbanan awak pada saya dan family kita..
dan saya tetap teruja dan tak sabar menunggu kepulangan awak disisi saya sempena penutupan Syaaban yang lalu dan pembukaan Ramadhan  di mana kite sama-sama  raikan dengan berTarawikh di surau berdekatan.

Okey sekarang mawu bersiap-siap ke Bazar Ramadhan menjenguk Abah ROSLI tersayang mencari Rezeki dengan berniaga dan telah pun membesar kan saya dari satu tapak tangan sampai dah sama besar tapak tangan dengan abah saya..


Terima Kasih Abah diatas penjagaan yang rapi dan telahpun menunaikan tanggungjawab untuk membesar mendidik Angah dari 
24 MEI 1987 HINGGA 10 MAC 2012 (jam 2.30 petang lebih kurang)
dimana Abah telah melepaskan tanggungjawab Abah tu pada insan bernama 
Muhammad Yusof bin Atan dimana sekarang telah pun menjadi menantu Abah yang pertama

Hanya Allah je tawu betapa gembira, sedih dan terharunya Angah pada waktu itu.


Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dalam menjalani IBADAH seharian
dan semoga diluaskan pintu Rezeki seluas-luasnya buat Abah dalam meneruskan hidup dimuka bumi ini. Aminnnn Ya Allah...



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Wednesday, October 26, 2011

Harian Metro ~ setempat~ 17 MEI 2011~

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini.
saya sertakan keratan harian metro dimana ianya menceritakan sedikit sebanyak tentang
kemalangan yang berlaku pada arwah adik saya.



Ini lah keratan harian metro pada 17 Mei 2011.
di ruangan setempat..

Berita ini pun tak pasti kesahihan nya.
Hanya Allah, Arwah dan orang yang tidak bertanggungjawab itu sahaja yang tahu macam mana kejadian tersebut berlaku.
sebab tiada orang awam mahupun pelanggar lari itu yang tampil  untuk beri keterangan kepada pihak polis.
biar lah hanya ALLAH yang membalas dengan balasan yang setimpal
dan semoga ianya berbalas dengan ganjaran pahala serta syurga
 buat arwah Muhammad Siddiq bin Rosli.
Aminnn Amin Ya Rabbal Alamin~



Semoga roh Muhammad Siddiq bin Rosli tenang aman dan bahagia disana serta
ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan yang beramal soleh@para-para solehin..

Amin Ya Rabbal Alamin...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, September 17, 2011

Sokongan dan Dorongan...Sabar & Tabah.

Terima kasih buat semua kawan-kawan sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak memberi bantuan sokongan  dan dorongan buat kami sekeluarga..

banyak kata-kata perangsang yang kami terima..

Maaf pada kawan-kawan semua sebab aku dah tak terfikir langsung nak bagitahu korang mengenai hal ini.
bukan tak nak bagitahu tapi, kalau korang yang pernah rasa apa yang aku lalui korang tentu akan faham.
Maaf sangat-sangat serius aku tak ingat langsung nak inform..


yer...
perkataan tabah dan sabar sering bermain di telinga pada waktu itu.
aku hargai sangat-sangat..
tapi sekuat mana pun kami, sedih dan pilu tetap ada dalam diri ini.

Actually, sebelum ni aku pernah juga kehilangan ahli keluarga yang lain seperti sepupu, atuk, pakcik dan makcik.  Betul orang cakap hanya orang yang pernah "kehilangan" saje yang faham situasi kami pada waktu itu.

Tapi sedih tu, tak kan sama.. Sangat berbeza sama sekali. Lagi-lagi lah kehilangan orang yang muda dari kita dimana beberapa jam sebelum itu kita masih nampak dia bergerak, bercakap, masih sihat bugar takde sakit yang memudaratkan pun. Sesungguhnya Ajal itu tidak mengenal usia..

Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T ambil nyawa adik ku terus, at least dia tidak tersiksa samada koma ataw menahan sakit. ada kenalan adik saya yang lain pun eksiden juga dan disahkan koma selama 2 minggu. Ya Allah siksa nya dia. Setiap hambaNYA memang bahagian lain-lain.

Kami buat kenduri arwah selama 3 hari berturut-turut.. dan ternyata arwah memang amat disenangi dikalangan kawan-kawannya. Lihat pada kedatangan rakan-rakan arwah yang datang cukup menggambarkan bahawa arwah memang baik dan sangat disenangi. Ramai sungguh kawan arwah yang datang kenduri arwah dan ziarah kami pada waktu itu. terharu dan senang sikit hati dan secara tidak langsung dapat redakan sikit kesedihan.

Sekali lagi aku bagi pihak keluarga nak ucapkan jutaan terima kasih dan maaf yang mana terkurang layanan.
Entry yang akan datang, aku akan upload keratan berita kemalangan adik aku.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Friday, September 16, 2011

16 Mei 2011-Part 2~

Sambungan dari entry yang sebelum ni..
sesampainya dirumah...
tanpa matikan engine, aku terus meluru masuk ke rumah...
yang ada hanya mama dan along.

aku terus keluar semula sebab mama dan along dah ready untuk ke HSI
aku terus duduk disebelah driver..
sebab masih menggigil..takot nak drive jauh2..

dalam hati tak henti-henti aku sedekah Al-Fatihah buat arwah adikku...
dalam keadaan masih terkejut dan percaya dengan tidak...
aku tengok mama sangat tabah...
kami hanya diam membisu dalam kereta pada waktu itu..

di HSI ayahde sama-sama sampai dengan kami.
aku terus keluar kereta dan meluru dapatkan abah.,.
kebetulan time tu pegawai yg incharge kes arwah adikku tengah berbincang dengan abah.

gf arwah adik ada disitu sekali bersama kawan dan abangnya.

lepas bincang dengan polis tu, abah terus berjumpa dengan kaunter meminta kebenaran untuk kami melihat jenazah adikku. Dalam 10 minit, kami pun diminta bersedia..

attendan hospital membawa keluar jenazah adik, dan bile dibuka saja semua yang ada kat situ diselubungi rasa sedih. Aku berdiri teguh disebelah mama, sebab aku satu2 nya anak perempuan dalam kuage aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk kuatkan mama... aku peluk mama kuat-kuat waktu tu..
hanya tangisan yang dapat menggambarkan perasaan kami waktu tu...

Ya Allah, aku masih tidak percaya apa yang aku lihat depan mata ku...
baru 4jam yang lepas aku masih melihat adik aku segar bugar sihat walafiat..
jasadnya masih bergerak..

beratnya dugaanmu Ya Allah...
sesunggunya KAU lebih menyayangi adik ku daripada kami semua..

lepas 5min dalam tu, kami keluar ke lobi dan dimaklumkan post-mortem hanya dibuat dalam pukul 2.30pm.
kami pun pulang ke rumah dan yang tinggal hanya uda untuk menunggu jenazah adik..

Dalam pukul 4.30pm macam tu, jenazah dibawa pulang kerumah untuk disolatkan disurau.segala persiapan mandi dan kafan telah dibuat di hospital..

Sekali lagi aku berdiri dapatkan mama, supaya mama kuat dan sempat aku pesan dengan mama jangan pernah walau setitis pun air mata mama jatuh di jenazah adik.. takut dia tersiksa..(itu yang pernah aku dengar ustaz beri syarahan)

lepas dibuka kain di muka arwah, sekali lagi aku menangis.
tapi mama??? Ya Allah tabah nya hati mama...
hanya bergenang jer air mata mama sambil menelan air liur menahan sebak...
Kuatnya dan tabah nye hati mama pada waktu itu.. aku pun tidak setabah itu... dimana mama cari kekuatan itu? mama terlalu sayangkan arwah adik sebab tu mama tak nangis dan mama redha dengan ketentuan-NYA. Aku bangga dapat mama setabah itu dan bermohon kepada-nya supaya aku sekuat dan setabah mama.

jenazah terus dibawa ke surau untuk disolatkan dan ke tempat pengebumian untuk disemadikan.
Jenazah selamat dikebumikan jam 5.20pm lebih kurang...



 HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, August 7, 2011

16 Mei 2011

Hari ini merupakan hari yang paling sibuk buat aku...
Mana taknya, hari ni kan Hari Guru..
dan aku pula yang handle sekolah-sekolah untuk akaun Nuri Bank Rakyat..
Jadi haruslah aku sibuk untuk menghantar Sumbangan ke semua sekolah yang commit dengan Bank Rakyat..


Janji dengan collague nak pi sekolah-sekolah tu semua pukul 9.00am.
naik tingkat atas, tengok dia masih tak siap lagi kerjanye..
dia cakap pukul 9.30am lar Intan..

Okey, saya tunggu dibawah...
Jam 9.30am Intercom dia..dia cakap dalam pukul 10.00am..

adeyh kena tunggu lagi....


tik tok tik tok tik tok...
yeayh jam dah pukul 10.00 am..
saya pun naik ke tingkat atas nak ajak pi sekolah2..
anddddd dia still tak settle lagi kerja...
dia kata okey lagi sikit je ni..
nanti saya siap saya turun bawah...


tapi aku malas nak turun dulu, sebab kalau aku turun, kompem2 dia delay lagi..
huh boss dah tanya dah nak pergi pukul berapa ni?
nanti sekolah dah habis sambutan baru you all sampai.


10.15am
kami pun turun...
dan aku pun siap-siapkan dan angkat beg yang berisi sumbangan dari Bank Rakyat khas untuk sekolah-sekolah sambut Hari Guru tersebut..


baru jer nak melangkah kaki keluar dari bank..
saya dapat panggilan dari Along..


Along : Ngah kenapa kau tak angkat angkat telefon ni Ngah???
Angah : Orang busy lar hari ni.. Hari ni kan Hari Guru..Orang nak bagi Sumbangan kat sekolah sekolah...Kenapa?
Along : Andak Ngah... Andak..
Angah : Kenapa dengan Andak???
Along : Andak dah tak der Ngah...


Aku terus terkedu,tergamam dan terdiam sebentar...


Angah : Hah Takder??? Macam mane pulak?
Along : Andak dah meninggal Ngah... 
Angah : Innalillah.... Macam maner Long ?
Along : Accident...Sekarang kau balik drive slow2....
Angah : Macam mana boleh jadi Long?
Along : Along tak tawu cerita lagi.. Abah pun tak cerita apa-apa lagi... Nanti balik kite pergi Hospital...
Angah : Okey....


Serta merta seluruh badan aku menggigil... Tamatnya perbualan antara aku dengan Along, air mata aku berjujuran laju seperti hujan yang sedang turun kat luar bangunan...
Cuaca diluar seakan mengerti apa yang akan jadi dengan aku sekeluarga..


Semua orang tanya aku...
dah ni kenapa menangis pulak ni???
aku tak mengendahkan langsung pertanyaan mereka dan terus meluru ke arah boss..


Aku: Boss, saya nak balik sekarang!!!
Boss : ???? sambil buat muka pelik..
Aku : saya nak balik boss, Adik saya meninggal...
Boss : Meninggal ??? sebab apa ?
Aku : Accident boss...
Boss: Macam mane?
Aku : Ntah, saya tak tawu cerita pape lagi pun...
Boss : Okey...Tapi you boleh drive tak ni?
Aku : Ntah lah boss, saya menggigil lagi ni.
Boss : you cool down dulu...dah okey, baru gerak. Bahaya nanti
Aku : baik boss.


dan terus tangan aku ambil hp untuk bagitawu pada tunang aku..


sms : Andak meninggal.. (hanya itu saja yang terlarat untuk aku type sebab tak sanggup rasanya dan takde kederat nak tulis panjang2 )


Lepas segala serahan kerja dah dibuat, aku pun tinggalkan bank dengan perasaan yang bercampur baur.
Antara percaya dan tidak..


Sesampainya dalam kereta, tunang aku call dan tanya betul ke tidak..dia pun masih tidak percaya..dan dia terus ambil EL untuk turun ke johor..


Sepanjang perjalanan aku masih berfikir akan hal tadi dan masih terngiang-ngiang apa yang along bagitahu tadi..
dan seta merta jugaklah  masih terbayang-bayang pagi tadi adik aku masih bernyawa sihat bugar depan mata aku..


Ya ALLAH..hebatnya dugaan yang KAU berikan untuk kami sekeluarga Ya ALLAH.


Dalam perjalanan balik ke rumah, makcik aku call.tanya aku kat mana dan dah tawu ke belum.. sambil bertanya, makcikku menangis... walaupun time tu aku sebak sangat2 tapi aku kuatkan hati aku untuk tidak menitiskan air mata time makcikku call..
aku tak sanggup.. nanti makin aku nangis makin makcik aku nangis jugak..


seraya letak nyer fon tu, baru air mata aku jatuh dengan lajunyer... dan terus beristighfar biar ditenangkan hati agar tidak hilang fokus time drive... 


Sesampainyer dirumah........






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA