Pages

Wednesday, May 1, 2013

Hari Pernikahanku 10 Mac 2012


Assalamualaikum warahmatullahiwabaakatuh...

Sebelum ni hanya sempat update blog dengan post ini sahaja...
 Jadi hari ni baru berkesempatan nak update lagi..
A Years Ago...

10 Mac 2012 bersamaan 17 RabiulAkhir 1433H pada hari Sabtu merupakan hari yang penuh berdupdapdupdap buat ku. Mana tidak nya, hari ni merupakan hari pernikahan ku dengan jejaka pilihan hatiku.

Lebih kurang jam 12tengah hari mak andam datang untuk siapkan pengantin perempuan dengan persalinanya dan juga makeup.Sebelum di touchup menjadi permaisuri opkos saya dah siap-siap memenuhkan perut saya yang berkeroncong ni (amek pengalaan waktu bertunang hari tu, makeup dengan perut kosong, at last perot berkeroncong zapin semua ada...bhahahahah..padan dengan muka sendiri).

Pengantin lelaki memang dah sampai awal dah, syukur dia adalah insan yang menepati masa jadi tidaklah kene ceramah ngan tok kadi panjang lebar, sesampainya dia di perling, saya minta adik saya untuk bawakan dan tunjukkan jalan kepada keluarga pihak lelaki untuk bersiap-siap di homestay yang telah saya sewa untuk 2 hari 1 malam. Boleh dikategorikan sebagai murah la jugak RM280 sahaja, itu pon dapat bantuan dari encik google..so dapatlah saya sewa HOMESTAY INI . So pada kengkawan yang area perling nak cari homestay boleh la try.. Owner nye pon boleh lebih kurang... Puas hati punya!! hati pon gumbira..lalalalalla

So, lepas habis dimakeup kan dan dieksperimen kan oleh mak andam bermula lah hati jantungku berdebar. owh ini rupanya rasa untuk mendapat teman hidup yang sah. Bercampur baur antara nervous,gembira, takut, malu, semua nye lah.. Rasa macam nak daki gunung dan menjerit sekuat hati.. OVER KAUUUU..hahha..

Jam detik demi detik semakin hampir pada waktu pernikahan ku.BFF ku pon muncul sorang demi sorang..love you all.. So, terus bersiap-siap untuk ke masjid.


My lovely BFF Siti Noor Ima Binti Markam and her Sister
tengah bersiap-siap nak ke Masjid

Biarlah gambar yang menceritakan Jalan Cerita Penyatuan Dua Jiwa antara
 Intan Baizura Binti Rosli 
&
 Muhammad Yusof Bin Atan

Baru sampai di perkarangan Masjid. Time ni hanya
Allah yang tawu berapa lajunya jantungku berdegup.
Masuk dalam Masjid bersama Mak saudara ku dan sepupuku

Time ni kelam kelibut call adik beradik semua tak angkat..
Gile kentang boleh alas nikah tak bawak. nak cepat punye pasal..

Tok Kadi yang Muda Lagi Hensem, Tergoda 5minit.Kehkehkeh.

Time ni Tok Kadi meminta persetujuan pengantin perempuan betul ke tidak nak dinikahkan dengan si pengantin lelaki.. So dengan pantasnye saya angguk tanda setuju.. dan terus sign borang nikah itu~




Abah mewakil walikan tok kadi untuk menikahkan ku. I Lebiyu Abah..



So, abah sign surat nikah tanda setuju mewakil walikan tok kadi untuk menikahkan bakal suamiku kepada ku..


Muka slumber yaya bakal suamiku..tak nervous pon aku tengok dari jauh.. aku je yang nervous terlebih..
eyh mestilah... sekali seumur hidup (Aminnn) plus ramai orang tengok taw...




Hah yang baju Pink yang comel tu adik angkat yang dah aku anggap seperti adik kandung aku.
Dia lah peneman disisi aku sepanjang hari pernikahanku... Terima Kasih adikku sayang Fauziah Binti Omar.
Sebelah kiri tu pula MAMA yang muda lagi cantik lagi baik hati dan penyayang iaitu Puan Fauziah.. Daku diapit oleh dua orang wanita bernama Fauziah.. 
Lebiyu both of you.. Muahhh..


 Alhamdulillah syukur padanNYA lebih kurang selepas solat zohor aku telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, tunang dan penjaga hatiku dengan sekali lafaz.

ini lah bukti kami sudah Sah!!! Iyahooo

 Menangeslah Syaitan syaitan semua...hahhha..

Ini lah keluarga besar kami.. Belah Perempuan + Belah Lelaki

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur dan dipermudahkan segala-galanya.

Selepas habis bergambar di masjid sambung bergambar dirumah pula.




To be continued........



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

5 comments:

  1. bilelah dyba nak kawen, leh la update cite camgini. :D


    ReplyDelete
  2. Kawen je la esok...kan dah dapat green light dari abah...dah setahun baru nak update..hihhi

    ReplyDelete
  3. i dulu buat kt umah ms akad nikah :)

    ReplyDelete
  4. rumah agak sempit tu yang buat kat Rumah Allah ni. kat mana pon nikah yang penting majlis diberkatikan? ^_^

    ReplyDelete
  5. Lambat dah saya komen ni. Papepun tahniah lah.

    ReplyDelete