Pages

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan 1433H

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA dapat lagi saya bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Untuk pengetahuan semua, tahun ni merupakan tahun pertama saya berpuasa disamping seorang lelaki yang saya sayangi dan cintai yang sudah pun SAH bergelar SUAMI buat saya.. Sungguh riang dan gembira dapat bersahur dan berbuka dengan insan yang kita sayang.

Perasaan yang sukar digambarkan kali pertama berpuasa dengan insan bergelar Suami ni.
hanya yang dah merasai perasaan ini saje yang dapat menyelaminye.



 Thanks Suamiku sebab buat suprise kat saya...
Walaupun suprise nye tak jadi, tapi saya tetap hargai pengorbanan awak pada saya dan family kita..
dan saya tetap teruja dan tak sabar menunggu kepulangan awak disisi saya sempena penutupan Syaaban yang lalu dan pembukaan Ramadhan  di mana kite sama-sama  raikan dengan berTarawikh di surau berdekatan.

Okey sekarang mawu bersiap-siap ke Bazar Ramadhan menjenguk Abah ROSLI tersayang mencari Rezeki dengan berniaga dan telah pun membesar kan saya dari satu tapak tangan sampai dah sama besar tapak tangan dengan abah saya..


Terima Kasih Abah diatas penjagaan yang rapi dan telahpun menunaikan tanggungjawab untuk membesar mendidik Angah dari 
24 MEI 1987 HINGGA 10 MAC 2012 (jam 2.30 petang lebih kurang)
dimana Abah telah melepaskan tanggungjawab Abah tu pada insan bernama 
Muhammad Yusof bin Atan dimana sekarang telah pun menjadi menantu Abah yang pertama

Hanya Allah je tawu betapa gembira, sedih dan terharunya Angah pada waktu itu.


Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dalam menjalani IBADAH seharian
dan semoga diluaskan pintu Rezeki seluas-luasnya buat Abah dalam meneruskan hidup dimuka bumi ini. Aminnnn Ya Allah...



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

1 comment:

  1. Salam Ramadhan buat akak syg dan keluarga :')

    Saya pun tak sabar nak jadik 'aunty' . hehe .

    ReplyDelete