Pages

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Chinta Hair & Beauty Saloon .

Yeeeeeeehaaaaaa bertemu lagi kita..
di bawah segmen mari menghabiskan duit yang ada seperti air terjun yang mencurah-curah..

Actually dah lama nak repair rambut yang pernah dikimiakan sebanyak 3x ni...
tapi disebabkan oleh masa yang tidak mengizinkan, jadi haruslah lupakan sahaja niat yang ada dan dipendam kan sahaja setelah sekian lamanya.

Nak dijadikan cerita, satu hari saja la menggatal tengok Page Fasha Sandha ni.
tengok ada lar pic seperti dibawah ini. 
Opening Chinta Hair Saloon & Beauty promosi selama 1 bulan okey. 




Jadi saya terus sms dan bertanyakan kepada miamor untuk meminta kebenaran dan menemani saya.  Dan tidak disangka-sangka jawapan nya adalah positif.
HOOOOOOREY!!!!
thanx miamor...

Padahal hanya mencuba nasib sahaja. Sebab selalunya jawapan yang diberikan adalah negatif.. Angin baik lar tu... Dan pada hari Khamis17 Mac 2011 kami pergi lar mencari saloon tersebut. sangat senang perjalanan kami kerana ianya adalah weekdays dan telah dibantu oleh encik garmin di handphone miamor... 

bagi sesiapa yang tak tawu nak pergi saloon ni..nah saya bagi tunjuk peta untuk ke sana..
ianya berada ditengah-tengah antara wangsa walk dan carrefour wangsa maju.. berdekatan dengan maybank.. 



agak-agak sesat juga, sila lah call number yang tertera disitu yerp.



saya yang sedang khusyuk membaca majalah ketika di treatment.. xperasan yang ada paparazzi snap pic saya.. owh tenkiew my paparazzi.. kalau saya tau dia nak snap pic, dah tentu2 saya akan bergaya dengan lebih sopan dan cute gitu.. ^____^





waaahhh paparazzi mengganas dengan zoom kan kamera untuk mendapatkan pic yang lebih berkualiti dari yang sebelum itu...


Servis dari hair stylist dia memang tiptop bebual je..tak penat2 mulut dia.. maklumlah sama-sama johorean.. buat rambut jer 5 jam okey.. ingat kan dia nak bergurau jer.. maklumlah before this pun saya pernah juga buat rambut tapi tidak lah sampai 5jam..


5 star to miamor sebab sanggup menunggu saya ketika itu..
walaupun dia cakap kalaw balik JB dah sampai dah..hikhik
alar sekali-sekala jer.. bukan selalu.ye tak???


Okey uolsss, pada sesiapa yang berminat nak buat rambut tu, sila lah ke saloon Cik Fasha ni.. decoration dia sangat cantik & sejuk mata memandang...
PURPLE..
(waaahhh sempat promote lagi ni)

ada tempat khas untuk muslimah lagi taw.
Okey BUBBYE alllsss..



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, March 27, 2011

Celebrate My Miamor's Birthday..

Kali ni nak cerita time celebrate birthday my miamor..
 Agak terlewat seminggu untuk celebrate birthday si dia. masing masing busy dengan kerja di hujung minggu.
Lewat seminggu pun tak pe lar kan??? at least sambut juga..
kesian si dia kalaw tak sambut nanti, dah 3 tahun berturut-turut tak celebrate birthday dia.

Saya terpaksa untuk memaksa my miamor ni untuk turun ke johor. kalau tidak, jangan harap nak bertemu dengan si dia yang terlalu busy.. sampai tiada masa untuk diluangkan bersama-sama.
terasa dipinggirkan okey.. wuwuwuuuuuuuu sedih ya amat...

Walaupun pada hari tersebut saya ditugaskan di Plaza Angsana sempena Karnival Pendidikan Anjuran Mara.
tapi, saya tetap berdegil menyuruh my miamor untuk datang ke JB.
sebab, pada minggu itu sahaja lar my miamor tiada tugasan di hari minggu.
hari pertama menjejakkan kaki ke JB, kami pergi tengok movie pada malam hari nye..

dan keesokan nya pula kami pergi jenjalan mencari present untuk miamor..
hampir 2 jam juga lar mencari present yang berkenan dihati miamor saya ni
then, terus mencari secret recipe sebab nak makan kek..


Tarikh : Minggu Pertama di Bulan Mac.
Tempat : Sekitar Johor Bahru.
Peserta : Cik Zura & Encik Yusof.
Theme : Hijau (sejuk mata memandang)



Ini lar dia my birthday boy...

happy birthday my dear... makan lar se slice kek ny yer.. banyak-banyak pun bukan nya kamu habis..ye tak? (huhhu..alasan jer.padahal nya kalaw beli sejibik kek, confirm RM75.00 punya)

Jom Cuci mata makanan-makanan yang kami order on that time. 



pic atas tu, kami gelar kan nya karipap besar.. sebab tak tau nama sebenar makanan ini.
miamor saya sangat gila akan makanan ini.
saya pun tidak mengerti kenapa..sedap sangat kot.



chocolate indulgence itu, saya yang punya.
yang strawberry cheese itu, miamor yang punya
tapi kedua-dua nya sangat...
walaaaaaaaaaaaaahhhhh..
SUPERB gila rasa dia..
terasa mau tambah jer.. tapi sudah kekenyangan pula.


Mari kita zoom sikit kek kek tersebut...



ini dia chocolate indulgence kepunyaan saya. yang sangat dijeleskan oleh miamor saya. dia kata tak aci sebab saya punye kek lebih besar berbanding dia punya..walhal, dia yang dirai..sudah terbalik jadinya..
hahha..alar tak pa lah sayang, kan kita share..



dan ini pula strawberry cheese yang dikatakan kecil itu.




ini adalah makanan saya.. dah terlalu lapar, jadi makan dulu baru ambil gambar.. ^__^


ada lagi pic yang  tidak di upload lagi oleh chenta hati saya..
kalau nak tunggu di upload, ntah bila nak post entry ni..sebab si dia sangat lar busy..




Sekian berita dari insan yang BERNAMA Intan Baizura Rosli..





HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Thursday, March 24, 2011

Owh Tayar ku!!! Kamu Ternoda..

Hye uolsss, waahhh rindu sangat-sangat nak update blog sebenar nya
tapi disebabkan oleh line broadband celcom kat area rumah saya ni macam siput sedut
jadi mood itu hilang entah ke mana. 
huhh... amat bersawang kot..
maaf lar yer pada sesiapa yang menunggu dengan penuh kesabaran..

hihih perasan jer lar kaw cik intan... PASAL LAR!!!
^_________^

Okey, sudah lar tu kata alu aluan dari saya ye..
jom kiter menikmati gambar-gambar di bawah



gambar diatas ialah sebiji tayar viva
dan viva itu milik saya yer...
saya itu adalah intan baizura rosli.
dan sudah tentulah tayar itu juga milik saya. tak gitu?
uolllssss nampak tak apa ada pada tayar itu?
alar yang tersekat kat atas tu yang berwarna silver tuuuu.

pada mula nya saya beranggapan itu adalah paku biasa sahaja.

tetapi..........

JENG...JENG...JENG

jom scrool ke bawah
.
.
.
.


YEEEEEEEHAAAAAAAAA


hah..amacam?panjang tak panjang gak kan besi tu..
cam mane lar tak lembik liut tayar saya time tu
time ny hati saya berdebar-debar dan jantung berdegup dengan laju nya okey..

foreman tu siap cakap lebih kurang macam ni lah dialog dia

" mak aih panjang nyer besi ni.. ni tak jamin boleh tampal jer okey.. tapi kita try nanti"

dan terus berkata-kata dalam hati
 "adeh nak kena keluar duit lagi lar macam ni. kereta ni macam tau tau je kan.."




hah amacam? panjang bukan?
saya pun pelik juga macam mana lar besi sepanjang ini yang tidak tajam langsung boleh menembusi tayar viva saya yang comel tu..
tidak dapat terima kenyataan pada mulanya.. tapi bila dah buat kesimpulan dan segala hipotesis dah dibuat(eceh macam belajar sains dulu dulu lak kan)
saya pun dah dapat jawapan nya.. 

bila dah siap mengerjakan besi panjang ini  si foreman dan encik tunang saya boleh lak menipu saya hidup-hidup dengan mengatakan cas untuk tampal dengan cacing yang paling besar diantara cacing cacing yang ada itu adalah RM 80.00. 
Maklumlah, perempuan kan, mana tau benda-benda remeh macam ni. saya pun meng "OK" kan je lar kata-kata mereka..

rupa nya hanya RM8.00 sahaja..
servis memang tip top lar foreman tu..
siap simpankan segala macam barang-barang yang digunakan oleh encik tunang saya semasa tukar tayar pada malam itu. 
siap letakkan seat belt yang belakang yang telah disorokkan oleh abang saya.
dan siap membebel lagi. membebel untuk keselamatan saya juga..
terima kasih encik foreman..

dan yang paling saya suka dengan encik foreman tu adalah..
dia siap suruh ambil gambar lagi time dia tengah menarik sekuat hati si besi panjang dari tayar vivaku itu. macam tau tau je kan saya nak letak dalam blog saya ini.. tapi mungkin encik foreman tu penat kot dan boleh lah dia berehat sebentar sambil call member dia.huuhhu..

TENKIEW encik Foreman...
lepas ni boleh lar saya servis tayar di sana lagi...

dannnnnnn...

tak lupa juga ucapan terima kasih kepad encik tunang saya yang telah bersusah payah datang ke JB untuk celebrate birthday dia yang lewat seminggu time tu dan kena pulak tukar tayar viva saya yang pancit ketika itu. waktu tu lepas tengok wayang cerita apa ntah..dah lupa dah.hehhe.. time tu dah lewat malam dah kot..

Sayang Encik Tunang saya Sangat-sangat..

Love You Muhammad Yusof bin Atan..



Muwah...




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, February 27, 2011

Hari-Hari Sibuk ku

Hye uolsss, dalam entry dibawah ny, saya cakap yang saya teramatlah busy pada  bulan Februari ny kan? 
Jadi marilah saya kongsikan apa lar yang tersangat-sangat busy dengan cik Intan Baizura ny kan?

FUHHHH!!!!!

Hari-hari busy saya di bulan FEBRUARI ini bermula pada

10 haribulan okey.

malam itu, saya pergi majlis khatam AL-QURAN dan diikuti malam berinai 
oleh jiran saya merangkap schoolmatte saya

ERIN
pelamin dia gabungan kaler pink dan biru okey.
 sangat sweeeeeeeeeeeetttt
i loikeeeeee..

hantaran yang dia gubah pun sangat menarik hatiku..
oh hows sweett.
hantaran dari pihak lelaki adalah gabungan kaler purple dan pink...sangat cantik..
hantaran dari pihak perempuan pula ialah gabungan kaler hitam dan kelabu..

persalinan malam berinani pula adalah colour hitam dan berlabuci gold..
pengantin nyer tenggelam disebabkan oleh kerusi dia pun colour hitam

saya pergi malam berinai pun sebab tak berkesempatan nak pergi majlis dia pada keesokan harinyer.. sebab bayak aktiviti yang saya perlu lakukan pada keesokan harinyer..

OKEY, THE NEXT DAY WHICH IS  11 FEBRUARI 2011

pagi-pagi lagi saya dah bangun dan bergegas untuk menunaikan ibadah dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini dan mencari sesuap nasi untuk saya dan keluarga saya.

bukan apa, tempat saya bekerja ada buat gotong royong seawal 8.00am hingga 1pm
sangat penat dan badan saya sangat lepak
*lepak tu bahasa jawa kot. bagi yang tak faham tu maksudnya macam kita ny tak larat nak bawa badan lar macam tu. paham tak???

dan balik2 dari gotong royong tu saya terus bersiap-siap untuk pergi ke majlis walimatulurus ZULAIKHA & BAHRIN
dekat Jalan Persisiran Perling 
persalinan biru sangat cantik.. biru turqoise gitu

balik je dari majlis mereka, hujan pun turun dengan lebatnya nasib baik tak lencun.
then, terus minta abah hantar ke bus stand LARKIN  untuk menghadiri walimatulurus kawan kolej saya merangkap officematte tunang saya
SIAPAKAH DIA??????
tunggu the next entry yaw!

Actually perjalanan saya adalah dari JB ke KL .
bas pukul 5.00pm camtu..
sampai sana dalam pukul 10.00pm camtu.
lambat sungguh.



SELAMAT PENGANTIN BARU 
DAN 
SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA UNTUK

ZULAIKHA & BAHRIN

&

ERIN & PASANGANNYA.

*maaf yer gambar tak dapat nak dikongsikan sebab virus telah merebak










HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Monday, February 21, 2011

Hari Minggu dan Bulan yang Busy buatku...


hye uolss semua... 

dah agak bersawang dah blog intanbaizurarosli ni kan

maaf lar yer buat kalian terasa hampa bila dok singgah di blog ni

FEBRUARI 2011 ni memang teramat busy dengan tugas2 yang perlu diselesaikan 

dan banyak kursus-kursus yang perlu dihadiri tak lupa juga dengan

 majlis-majlis walimatulurus kawan-kawan dan sedara-mara..

Insyaallah ada banyak masa yang terluang akan saya update ini blog...

(^____________________^)


terima kasih atas kesabaran anda semua..


BYE bye BYE bye...

,
,
,
,
,



SEE ya!!!!









HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, February 6, 2011

Shopping-shopping sambil makan-makan dengan Ima, Kirin dan Mustakim

Peluang untuk berdating yang ada saya manfaatkan dengan sebaik-baiknyer.. bukan senang nak dapat dating ngan kawan saya yang sorang ny. Maklumlah, lepas mendirikan rumah tangga dia terus berpindah ke Melaka ikut suami tercinta. 


Sekali sekala dia balik ke johor,  mesti nak dating ngan dia.. rindu woo. time tu muttaqin dijaga oleh nenek dia. jadi bujang sekejap lar nampaknyer puan ima dan encik kirin tu.


saya sertakan pic-pic yang sempat diambil time kami makan di PIZZA HUT.






























maaf lar yer, gambar last ny dah tinggal pinggan dan pisau dengan garfu jerk.. sebab terlupa nak amek gambar makanan...

itu sahaja, hasil nukilan saya pada hari ini..

BYE BYE allsss



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Selamat Bertunang Mila dan Kimin...



Hye uolsss, sekarang ny semua rakan-rakan dah ramai yang mengikat tali pertunangan tak lupa jugak yang mendirikan masjid ataw dengan erti kata lain mendirikan tumahtangga.. ramai juga yang dah ada cahaya mata.. suke gile tengok kengkawan dah ada baby.. Comel Comel Comel... LIKE!!!


kat bawah ny pic baby ima ngan kirin... tembam gile gile gile key... saya sangat geram dengan pipi dia, melayut-layut... kalaw boleh nak cubit-cubit sampai lebam.. (^_^)






alalalalala.. tomey nyer muttaqin tayang...
tapi, dak tecik ny asik tidor je memanjang.. walaupun karoke yang tak sedap dan nyaring gila gaban pun, baby still tidor.. beruntung mama dia, anak tak banyak karenah..





muttaqin dan mama nyer...






okey, semalam pergi majlis pertunangan cik MILA kite... sangat vogue okey majlis dia... tema purple pink... CANTIK CANTIK CANTIK.... tapi saya terlewat sampai kat majlis mila tu sebab pegi majlis persandingan kat kampung pasir dulu... Jom tengok majlis MILA ulala.. (^_^)






okey, motif diatas adalah wajib okey sebelum bergambar dengan tunangan kimin tu.. hehe..ala-ala cam saya lak bertunang... tema pun dah kene dah ngan purple tu..








comel kan cik Mila kite???  ala-ala arab gitu tudung dia.. so sweet...


ni pic kat atas pelamin..muka cik mila yang kepenatan..





kiter zoom sikit...tyme ny crown dah di tanggalkan... kesian cik mila dah rimas... make-up start dari kol 9.30am tu.. 

jom kiter tengok cincin risik and cincin tunang cik mila..





okey, lepas makan makan minum minum dan borak borak, kami pun balik.. selamat sudah akhirnyer..Alhamdulillah...




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year!!!

Selamat Tahun Baru Cina!!!

Happy Chinese New Year!!!


And....

Gong Xi Fa Cai!!!

saya ucapkan kepada semua yang terlibat dan menyambut perayaan tersebut..
Especially untuk kawan-kawan saya yang berbangsa Cine..
Tan Chai Fen my exclassmate.
untuk all salesman kereta yang selalu saya berurusan.. 
dan tak lupa juga untuk my excolleague Elsie Lim



Asal Raya Cina jer, mesti teringat buah Limau kan? dan melambak-lambaklah limau kotak yang dijual di kedai kaki lima mahupun di pasaraya-pasaraya terkemuka..
tinggal pilih jer, yang mahal yang murah semuaaaaaaaaaa ada.

Yang mahal sikit tu selalunyer yang berkualiti tinggi.. sedap manis kulit tebal..
makan sekali nak berkali-kali..

Okey dikesempatan ini, nak bercerita sekali lar..  hari tu berjalan-jalan sambil berhibur pegi karoke dengan Raja Siti Suraya dan adik dia si Caca.. 
gile murah karoke tu!!! satu jam RM 20 jer dari jam 7pm keatas.. tapi kalaw dari 10am-6.59pm RM 5.00 jer.. Harga untuk sebilik Okey!!! bukan Seorang...

Berbaloi-baloi wa cakap sama luuu..
1st tyme tu dapat harga GILE KENTANG CAMNI
selalu yang saya pergi RM 5 untuk sekepala seorang.
kalaw 3 orang RM15 pastu PLUS(+) RM5 untuk rempeyek ataw sewaktu dengannyer... tak ker RM 20 sebilik untuk harga disiang hari???

 kalaw belah malam nyer dah tentu-tentu sebilik RM50.. adeyh.. penipuan sungguh taw. ada ker masuk karok belum pukul 7pm dia dah cas harga untuk 7pm punyer? Sumpah haku tak kan pegi lagi dats type of karoke.. TIPU PELANGGAN jer!!!

Okey kita tinggalkan propaganda tersebut. JOM intai-intai kami.. 









dok belek-belek gamba diatas, si Raja ny cam TIZ ZAQYAH lar pulak.. hahha..
ada gak cakap ngan tuan badan , dia kata ramai dah yang cakap ngan dia camtu.. 
Tapi, saya baru perasan lar pulak... 











HAH!!! ny la adik si Raja tu.. Caca nama nyer...
Muka tak sama langsung..
1st tyme tengok muka adik si Raja ny (setelah dia membesar lar-sebab dulu tengok dia masih kecik lagi) saya langsung tak cam.. sampai sekarang masih kompius, yang mana satu dak tecik ny dulu eyh... adeyh!!!

Lepas pi karoke tu, saya ajak lar diorang pi jalan-jalan somewhere yang lawa gile tempatnyer..
ternyata diorang jakun sekejap.. kelakar pun ada tengok gelagat diorang ny. tapi suke pun ada taw, yelar dapat menggembirakan diorang.. saya memang suke kalaw kawan-kawan saya gembira...








Okey, saya bagi tengok dua pic jer dulu yer..pic yang lain tak edit lagi.. 
tunggu saya edit nanti saya buat entry lain yer, yang penuh dengan gambar-gambar..

TO BE CONTINUED....

Okey Bye Bye

See Ya!!






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA