Hye... nak kongsi satu cite yang dah lapuk kat email ... saje nak share...
jom baca sama-sama...especially golongan wanita....
Kisah benar ini berlaku di US
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memilki akhlak yang bagus.
suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya . Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinyer. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib bak lelkai itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokan paginyer, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki yang dilihat semalam itu adalah perogol tersebut.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan polis dapat bukti bahawa lelaki tersebur adalah perogol yang dicari.
Tapi perempauan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa itu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan selepas dia. wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan.
DOA PUN TANYA PEROGOL ITU ::
kenapa awak tak buat apa-apa pada saya malam tu walaupun awak tau saya seorang jer masa tu
PEROGOL MENJAWAB
tak, awka bukan berseorangan. malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. seorang
sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri awak. kalaulah awk seorang sahaj pada malam tu, sudah
pasti awk jadi mangsa saya Hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat
KURSI yang dibacanya.
*** korang mesti tertanya-tanya kan apa motif citer diatas..so jom kite terjah...
MORAL CERITA NI adalah...
Jika kita sebagai hambaNYA menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNYA, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan ISLAM. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adlaah malaikat yang diutuskan ALLAH untuk menjaga hambaNYA yang sentiasa ingat akan diriNYA.
"....Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, ALLAH mewakilkan 2 orang MALAIKAT memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya ALLAH berkenan memberi pertologan kepadanya..."
Sebuah kisah benar yang sangat menarik pada pandanganku... semoga kita semua mendpat pengajaran & ilmu yang bermanfaat. Sebagai hamba kita seharusnya percaya kepada senjata orang mukmin iaitu DOA..
semoga kita sentiasa dipelihara ALLAH dari kejahatan syaitan yang di rejam...
Bagi kaun HAWA,,,amalkanlah
moga lelaki buaya di luar sana tidak menggaun kalian...INSYAALLAH...
0 comments:
Post a Comment