Pages

Wednesday, May 1, 2013

Hari Pernikahanku 10 Mac 2012


Assalamualaikum warahmatullahiwabaakatuh...

Sebelum ni hanya sempat update blog dengan post ini sahaja...
 Jadi hari ni baru berkesempatan nak update lagi..
A Years Ago...

10 Mac 2012 bersamaan 17 RabiulAkhir 1433H pada hari Sabtu merupakan hari yang penuh berdupdapdupdap buat ku. Mana tidak nya, hari ni merupakan hari pernikahan ku dengan jejaka pilihan hatiku.

Lebih kurang jam 12tengah hari mak andam datang untuk siapkan pengantin perempuan dengan persalinanya dan juga makeup.Sebelum di touchup menjadi permaisuri opkos saya dah siap-siap memenuhkan perut saya yang berkeroncong ni (amek pengalaan waktu bertunang hari tu, makeup dengan perut kosong, at last perot berkeroncong zapin semua ada...bhahahahah..padan dengan muka sendiri).

Pengantin lelaki memang dah sampai awal dah, syukur dia adalah insan yang menepati masa jadi tidaklah kene ceramah ngan tok kadi panjang lebar, sesampainya dia di perling, saya minta adik saya untuk bawakan dan tunjukkan jalan kepada keluarga pihak lelaki untuk bersiap-siap di homestay yang telah saya sewa untuk 2 hari 1 malam. Boleh dikategorikan sebagai murah la jugak RM280 sahaja, itu pon dapat bantuan dari encik google..so dapatlah saya sewa HOMESTAY INI . So pada kengkawan yang area perling nak cari homestay boleh la try.. Owner nye pon boleh lebih kurang... Puas hati punya!! hati pon gumbira..lalalalalla

So, lepas habis dimakeup kan dan dieksperimen kan oleh mak andam bermula lah hati jantungku berdebar. owh ini rupanya rasa untuk mendapat teman hidup yang sah. Bercampur baur antara nervous,gembira, takut, malu, semua nye lah.. Rasa macam nak daki gunung dan menjerit sekuat hati.. OVER KAUUUU..hahha..

Jam detik demi detik semakin hampir pada waktu pernikahan ku.BFF ku pon muncul sorang demi sorang..love you all.. So, terus bersiap-siap untuk ke masjid.


My lovely BFF Siti Noor Ima Binti Markam and her Sister
tengah bersiap-siap nak ke Masjid

Biarlah gambar yang menceritakan Jalan Cerita Penyatuan Dua Jiwa antara
 Intan Baizura Binti Rosli 
&
 Muhammad Yusof Bin Atan

Baru sampai di perkarangan Masjid. Time ni hanya
Allah yang tawu berapa lajunya jantungku berdegup.
Masuk dalam Masjid bersama Mak saudara ku dan sepupuku

Time ni kelam kelibut call adik beradik semua tak angkat..
Gile kentang boleh alas nikah tak bawak. nak cepat punye pasal..

Tok Kadi yang Muda Lagi Hensem, Tergoda 5minit.Kehkehkeh.

Time ni Tok Kadi meminta persetujuan pengantin perempuan betul ke tidak nak dinikahkan dengan si pengantin lelaki.. So dengan pantasnye saya angguk tanda setuju.. dan terus sign borang nikah itu~




Abah mewakil walikan tok kadi untuk menikahkan ku. I Lebiyu Abah..



So, abah sign surat nikah tanda setuju mewakil walikan tok kadi untuk menikahkan bakal suamiku kepada ku..


Muka slumber yaya bakal suamiku..tak nervous pon aku tengok dari jauh.. aku je yang nervous terlebih..
eyh mestilah... sekali seumur hidup (Aminnn) plus ramai orang tengok taw...




Hah yang baju Pink yang comel tu adik angkat yang dah aku anggap seperti adik kandung aku.
Dia lah peneman disisi aku sepanjang hari pernikahanku... Terima Kasih adikku sayang Fauziah Binti Omar.
Sebelah kiri tu pula MAMA yang muda lagi cantik lagi baik hati dan penyayang iaitu Puan Fauziah.. Daku diapit oleh dua orang wanita bernama Fauziah.. 
Lebiyu both of you.. Muahhh..


 Alhamdulillah syukur padanNYA lebih kurang selepas solat zohor aku telah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, tunang dan penjaga hatiku dengan sekali lafaz.

ini lah bukti kami sudah Sah!!! Iyahooo

 Menangeslah Syaitan syaitan semua...hahhha..

Ini lah keluarga besar kami.. Belah Perempuan + Belah Lelaki

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur dan dipermudahkan segala-galanya.

Selepas habis bergambar di masjid sambung bergambar dirumah pula.




To be continued........



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sehari Sebelum Hari Pernikahanku 09 Mac 2012

Lebih kurang lepas maghrib kol 8.30pm camtu bff ku datang untuk pakaikan aku inai...
20 jari okay..sangat menyiksakan..
Mana tak nya kene berbalut-balut dengan plastik dan saloytape tu.

Aku dipakaikan inai daun yang ditumbuk dan diadun sendiri.. Maklumlah ada tanam sendiri..
So malam tu aku tidur dengan sangat tidak selesa dengan bungkusan dijari jemariku yang halus mulus itu..

and guess what????



Keesokan harinye...


jeng jeng jeng..

Terjaga nye aku dari tidur..

aku menjerit didalam hati 

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Inai yang dipakai kan sangatlah cair tak cantik langsung...

So dengan lajunye aku call bff ku dan bagitau dia..

ape lagi dia pon belikan inai india untuk aku..

dan terus pakaikan kat jari jemariku yang halus mulus itu..

Baru lah cantik sikit..

So, hanya menunggu mak andam untuk aku disolekkan...



To be continued.....


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Thursday, October 4, 2012

Rinduuu...

Assalamualaikum.

Uisyhhhh....

Lama nye tak update blog ni...

Kenapa Yer?

Kenapa? Kenapa? dan Kenapa?

Mungkin disebabkan kesibukan yang melanda..

Owh rindunye saat rajin menaip..

Semoga saya dikurniakan kerajinan itu kembali..

Untuk kenangan anak cucu cicit saya nanti..

Ecehwah...hehehe..

Banyak nye cerita yang saya simpan dalam memori yang tak diluahkan dan dimuntahkan dalam blog ini..

Mungkin satu hari nanti..

Insyaallah...

akan mengimbas memori itu untuk dikongsi disini.

Saat indah diijabkabulkan,

di hari persandingan

di waktu bulan madu

dan sewaktu dengannye...

untuk tatapan diri sendiri keluarga dan kawan-kawan saya.

Juga kepada readers blog ini..




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan 1433H

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA dapat lagi saya bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Untuk pengetahuan semua, tahun ni merupakan tahun pertama saya berpuasa disamping seorang lelaki yang saya sayangi dan cintai yang sudah pun SAH bergelar SUAMI buat saya.. Sungguh riang dan gembira dapat bersahur dan berbuka dengan insan yang kita sayang.

Perasaan yang sukar digambarkan kali pertama berpuasa dengan insan bergelar Suami ni.
hanya yang dah merasai perasaan ini saje yang dapat menyelaminye.



 Thanks Suamiku sebab buat suprise kat saya...
Walaupun suprise nye tak jadi, tapi saya tetap hargai pengorbanan awak pada saya dan family kita..
dan saya tetap teruja dan tak sabar menunggu kepulangan awak disisi saya sempena penutupan Syaaban yang lalu dan pembukaan Ramadhan  di mana kite sama-sama  raikan dengan berTarawikh di surau berdekatan.

Okey sekarang mawu bersiap-siap ke Bazar Ramadhan menjenguk Abah ROSLI tersayang mencari Rezeki dengan berniaga dan telah pun membesar kan saya dari satu tapak tangan sampai dah sama besar tapak tangan dengan abah saya..


Terima Kasih Abah diatas penjagaan yang rapi dan telahpun menunaikan tanggungjawab untuk membesar mendidik Angah dari 
24 MEI 1987 HINGGA 10 MAC 2012 (jam 2.30 petang lebih kurang)
dimana Abah telah melepaskan tanggungjawab Abah tu pada insan bernama 
Muhammad Yusof bin Atan dimana sekarang telah pun menjadi menantu Abah yang pertama

Hanya Allah je tawu betapa gembira, sedih dan terharunya Angah pada waktu itu.


Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dalam menjalani IBADAH seharian
dan semoga diluaskan pintu Rezeki seluas-luasnya buat Abah dalam meneruskan hidup dimuka bumi ini. Aminnnn Ya Allah...



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Thursday, April 5, 2012

Toche Toche

Assalamualaikum dan Selamat Malam blogger sekalian..
eyh ke Selamat Pagi yer?
alar, mane- mane pun okey kot...

by the way
cuma nak ucapkan
jutaan
ribuan
ratusan
terima kasih
kepada blogger-blogger yang
blogwalking
and drop by here
(my own lovely blog)

termasuk, seseorang ataw mungkin beberapa stalker
yang ambil berat akan hal saya dan suami..
hihhi...
terima kasih yer awak.

untuk pengetahuan awak,
saya bahagia bersama suami saya sekarang
semoga awak pun bahagia bersama pilihan hati awak yer.
 
p/s : Allah telah pun tetapkan riwayat hidup kita bagaimana jalan ceritanya, cuma kita sebagai manusia yang patut berdoa untuk membuat jalan cerita kita itu lebih baik dan lebih enak jadinya. ^_^ Wallahualam...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Monday, April 2, 2012

Alhamdulillah Ikatan Suci Dipermudahkan...

Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana dengan izinNYA
pada tanggal 17 Rabiulakhir 1433H
 saya
 INTAN BAIZURA BINTI ROSLI
 telah pun SAH bergelar seorang isteri kepada 
MUHAMMAD YUSOF BIN ATAN.

Sesungguhnya saya adalah tulang rusuk kiri kepada suami saya.
Syukur sangat-sangat.
dan Syukur tu bukan hanya di lidah
tapi juga dengan amalinya..

Halal sudah hubungan kami berdua.
dan dari saat itulah terpikulnya tanggungjawab sebagai seorang Isteri kepada suami
dengan menjaga pakai dan minum suami.

Hanya Allah saja tawu betapa gembira dan syukur nya saya pada waktu itu.
setelah sekian lama pertunangan diikat selama1 tahun 6 bulan
dengan bermacam-macam onak dan duri. begitu juga segala dugaan dan badai yang datang menimpa
ternyata JODOH kami KUAT.
Alhamdulillah...
Sesungguhnya Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan itu adalah Urusan dan ketentuan ALLAH S.W.T

Semoga hubungan Suami Isteri kami berkekalan hingga ke Jannah Firdausi dan mendapat keredhaanNYA.
Semoga dipercepatkan dengan kurniaan cahayamata yang sihat tubuh badan dan sempurna akal dan anggota badannya, 
cahayamata yang bijak cerdik pandai dan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Syukran Ya Allah..




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Tuesday, February 21, 2012

Untittled~

Assalamualaikum..

Cuma nak bagitawu, bahawasanya semalam, saya sangat sakit hati dengan orang yang susah dibawa berbincang dan cakap tak serupa bikin..

setakat tabur janji manis dan tak pandai nak kota kan, baik tak payah bagi harapan.. Pernah pergi dengar ceramah agama, ustaz tersebut mengatakan kalau kita berjanji pada orang dan tidak tepati, bermakna kita tergolong di kalangan orang yang munafik. Jadi, fikir-fikir kan lah yer kengkawan dan musuh-musuh yang tak diundang...

tepuk dada dan tanyalah amalan kita. Wallahualam...

Semoga kita dilindung dari Rahmat Allah S.W.T dan segala yang dirancang akan mendapat kesenangan dan kelancaran olehNYA dan dipermudahkan hendaknya. Amin Ya Rabbal Alamin...




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, February 19, 2012

Spa & Facial...

iiiiyahooooo!!!

next week mawu pergi Spa & Facial lagi...

best nyer dapat memanjakan anggota-anggota badan ni lagi..

Best~ Best~ Best~

^____^

masih dalam dilema samada mawu pergi yang cara tradisional atawpun moden.

hari tu dah gi yang tradisional nyer...

antara servis yang diberi dengan harga RM180 SAHAJA :

first sekali masuk je Spa tu, kita akan direndamkan badan kite... eyh silap lar, rendam kaki saje dahulu.. heheh.. peace... ^_~
dengan garam bukit taw... rasa nyaman jer sebab dia guna air suam suam suku..

THEN

kita dimasukkan didalam kotak yang cumeyl yang berwap yang lebih dikenali dengan SAUNA.
badan akan berasa ringan lepas diwapkan tu coz dia guna rempah ratus yang asli. 100% rempah ratus taw. takde guna hampas pun..

tapi, tak tahan lama duduk dalam tu, panas seyh..maklumlah tak pernah lagi masuk dalam kotak yg cumeyl itu..
 takut pada mulanya...lepas dah buat, nak banyak kali lak rasanya.. :)

THEN

dia urut  dan skrub satu badan menggunakan rempah ratus asli yang wangi dan sejuk je.
nak tidur pun cam rugi jer rasa sebab tak nak lepaskan peluang dapat menghirup udara yang wangi dan segar itu.. 

THEN

dia sengkak dan betulkan peranakan kita. sebab sehari sebelum gi spa ni saya jatuh terduduk dan terhentak.. hanya ALLAH je yang tawu betapa sakit dan seksa nya pinggang dan punggung saya time tu.
terjerit-jerit cam orang nak terberanak lar pulak time kena urut tu..hahha... poyo je kan cam tawu lak rasa orang nak beranak camne..ngeee~~

THEN

dia tunku badan kita.. asal kene tunku jer, gatal-gatal badan nye..
tu bermakna, banyak darah beku dekat badan kita...
kalaw tak rasa gatal tu, maknanya darah kita dah okey lar tu..
nampak sangat badan tak pernah gi servis kan?
hohooh..

THEN

dia bagi kita minum air teh dan jamu 2 biji.

Spa tu masih berhutang dengan saya 

air AURA SERI WAJAH.

then sebelum balik tu, saya ada juga beli jamu dia..

sebab jamu dia sesuai untuk remaja seawal umur 10 tahun lagi..

jamu tu dibeli sebab nak jaga badan dari awal lagi.

lepas je dapat urut tu semua, badan saya sakit-sakit dan sengal satu badan
sebab jatuh haritu, lagi-lagi lar kat pinggang dan punggung.

sampai mama pun cakap, mama tengok ko ni dah macam orang bersalin dah jalan slow-slow camtu.

huhuuh...

takpe, sakit dulu pendapatan, jangan dapat effect pada masa akan datang.
lagi bahaya tu, sebab perempuan kan sensitif sikit..

Semoga ALLAH berikan saya dan keluarga kesihatan yang baik dan berkekalan dalam menjalani IbadahNYA seharian.. Amin Ya Rabbal Alamin..

wahhh~

so, nak try ke tak eyk yang modern punye?

herm..

think

think

think...

okey BYE!!!

mawu pikir mana yang lebih baik..

dadaaaaaaaaaa~~

see

you

SOON!!!




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, February 11, 2012

menghitung hari yang kurang dari sebulan...

As Salam & Hye uollss...

tik tok tik tok....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tik
.
.
.
.
tok
.
.
.
.
tik
.
.
.
.
tok
.
.
.
.

Menghitung Hari....
Detik demi Detik....
Masa Kunanti Apakan ada...
Jalan Cerita
Kisah Yang Panjang
Menghitung Hari....





HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Wednesday, October 26, 2011

Harian Metro ~ setempat~ 17 MEI 2011~

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini.
saya sertakan keratan harian metro dimana ianya menceritakan sedikit sebanyak tentang
kemalangan yang berlaku pada arwah adik saya.



Ini lah keratan harian metro pada 17 Mei 2011.
di ruangan setempat..

Berita ini pun tak pasti kesahihan nya.
Hanya Allah, Arwah dan orang yang tidak bertanggungjawab itu sahaja yang tahu macam mana kejadian tersebut berlaku.
sebab tiada orang awam mahupun pelanggar lari itu yang tampil  untuk beri keterangan kepada pihak polis.
biar lah hanya ALLAH yang membalas dengan balasan yang setimpal
dan semoga ianya berbalas dengan ganjaran pahala serta syurga
 buat arwah Muhammad Siddiq bin Rosli.
Aminnn Amin Ya Rabbal Alamin~



Semoga roh Muhammad Siddiq bin Rosli tenang aman dan bahagia disana serta
ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan yang beramal soleh@para-para solehin..

Amin Ya Rabbal Alamin...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, September 17, 2011

Sokongan dan Dorongan...Sabar & Tabah.

Terima kasih buat semua kawan-kawan sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak memberi bantuan sokongan  dan dorongan buat kami sekeluarga..

banyak kata-kata perangsang yang kami terima..

Maaf pada kawan-kawan semua sebab aku dah tak terfikir langsung nak bagitahu korang mengenai hal ini.
bukan tak nak bagitahu tapi, kalau korang yang pernah rasa apa yang aku lalui korang tentu akan faham.
Maaf sangat-sangat serius aku tak ingat langsung nak inform..


yer...
perkataan tabah dan sabar sering bermain di telinga pada waktu itu.
aku hargai sangat-sangat..
tapi sekuat mana pun kami, sedih dan pilu tetap ada dalam diri ini.

Actually, sebelum ni aku pernah juga kehilangan ahli keluarga yang lain seperti sepupu, atuk, pakcik dan makcik.  Betul orang cakap hanya orang yang pernah "kehilangan" saje yang faham situasi kami pada waktu itu.

Tapi sedih tu, tak kan sama.. Sangat berbeza sama sekali. Lagi-lagi lah kehilangan orang yang muda dari kita dimana beberapa jam sebelum itu kita masih nampak dia bergerak, bercakap, masih sihat bugar takde sakit yang memudaratkan pun. Sesungguhnya Ajal itu tidak mengenal usia..

Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T ambil nyawa adik ku terus, at least dia tidak tersiksa samada koma ataw menahan sakit. ada kenalan adik saya yang lain pun eksiden juga dan disahkan koma selama 2 minggu. Ya Allah siksa nya dia. Setiap hambaNYA memang bahagian lain-lain.

Kami buat kenduri arwah selama 3 hari berturut-turut.. dan ternyata arwah memang amat disenangi dikalangan kawan-kawannya. Lihat pada kedatangan rakan-rakan arwah yang datang cukup menggambarkan bahawa arwah memang baik dan sangat disenangi. Ramai sungguh kawan arwah yang datang kenduri arwah dan ziarah kami pada waktu itu. terharu dan senang sikit hati dan secara tidak langsung dapat redakan sikit kesedihan.

Sekali lagi aku bagi pihak keluarga nak ucapkan jutaan terima kasih dan maaf yang mana terkurang layanan.
Entry yang akan datang, aku akan upload keratan berita kemalangan adik aku.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Friday, September 16, 2011

16 Mei 2011-Part 2~

Sambungan dari entry yang sebelum ni..
sesampainya dirumah...
tanpa matikan engine, aku terus meluru masuk ke rumah...
yang ada hanya mama dan along.

aku terus keluar semula sebab mama dan along dah ready untuk ke HSI
aku terus duduk disebelah driver..
sebab masih menggigil..takot nak drive jauh2..

dalam hati tak henti-henti aku sedekah Al-Fatihah buat arwah adikku...
dalam keadaan masih terkejut dan percaya dengan tidak...
aku tengok mama sangat tabah...
kami hanya diam membisu dalam kereta pada waktu itu..

di HSI ayahde sama-sama sampai dengan kami.
aku terus keluar kereta dan meluru dapatkan abah.,.
kebetulan time tu pegawai yg incharge kes arwah adikku tengah berbincang dengan abah.

gf arwah adik ada disitu sekali bersama kawan dan abangnya.

lepas bincang dengan polis tu, abah terus berjumpa dengan kaunter meminta kebenaran untuk kami melihat jenazah adikku. Dalam 10 minit, kami pun diminta bersedia..

attendan hospital membawa keluar jenazah adik, dan bile dibuka saja semua yang ada kat situ diselubungi rasa sedih. Aku berdiri teguh disebelah mama, sebab aku satu2 nya anak perempuan dalam kuage aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk kuatkan mama... aku peluk mama kuat-kuat waktu tu..
hanya tangisan yang dapat menggambarkan perasaan kami waktu tu...

Ya Allah, aku masih tidak percaya apa yang aku lihat depan mata ku...
baru 4jam yang lepas aku masih melihat adik aku segar bugar sihat walafiat..
jasadnya masih bergerak..

beratnya dugaanmu Ya Allah...
sesunggunya KAU lebih menyayangi adik ku daripada kami semua..

lepas 5min dalam tu, kami keluar ke lobi dan dimaklumkan post-mortem hanya dibuat dalam pukul 2.30pm.
kami pun pulang ke rumah dan yang tinggal hanya uda untuk menunggu jenazah adik..

Dalam pukul 4.30pm macam tu, jenazah dibawa pulang kerumah untuk disolatkan disurau.segala persiapan mandi dan kafan telah dibuat di hospital..

Sekali lagi aku berdiri dapatkan mama, supaya mama kuat dan sempat aku pesan dengan mama jangan pernah walau setitis pun air mata mama jatuh di jenazah adik.. takut dia tersiksa..(itu yang pernah aku dengar ustaz beri syarahan)

lepas dibuka kain di muka arwah, sekali lagi aku menangis.
tapi mama??? Ya Allah tabah nya hati mama...
hanya bergenang jer air mata mama sambil menelan air liur menahan sebak...
Kuatnya dan tabah nye hati mama pada waktu itu.. aku pun tidak setabah itu... dimana mama cari kekuatan itu? mama terlalu sayangkan arwah adik sebab tu mama tak nangis dan mama redha dengan ketentuan-NYA. Aku bangga dapat mama setabah itu dan bermohon kepada-nya supaya aku sekuat dan setabah mama.

jenazah terus dibawa ke surau untuk disolatkan dan ke tempat pengebumian untuk disemadikan.
Jenazah selamat dikebumikan jam 5.20pm lebih kurang...



 HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, August 7, 2011

16 Mei 2011

Hari ini merupakan hari yang paling sibuk buat aku...
Mana taknya, hari ni kan Hari Guru..
dan aku pula yang handle sekolah-sekolah untuk akaun Nuri Bank Rakyat..
Jadi haruslah aku sibuk untuk menghantar Sumbangan ke semua sekolah yang commit dengan Bank Rakyat..


Janji dengan collague nak pi sekolah-sekolah tu semua pukul 9.00am.
naik tingkat atas, tengok dia masih tak siap lagi kerjanye..
dia cakap pukul 9.30am lar Intan..

Okey, saya tunggu dibawah...
Jam 9.30am Intercom dia..dia cakap dalam pukul 10.00am..

adeyh kena tunggu lagi....


tik tok tik tok tik tok...
yeayh jam dah pukul 10.00 am..
saya pun naik ke tingkat atas nak ajak pi sekolah2..
anddddd dia still tak settle lagi kerja...
dia kata okey lagi sikit je ni..
nanti saya siap saya turun bawah...


tapi aku malas nak turun dulu, sebab kalau aku turun, kompem2 dia delay lagi..
huh boss dah tanya dah nak pergi pukul berapa ni?
nanti sekolah dah habis sambutan baru you all sampai.


10.15am
kami pun turun...
dan aku pun siap-siapkan dan angkat beg yang berisi sumbangan dari Bank Rakyat khas untuk sekolah-sekolah sambut Hari Guru tersebut..


baru jer nak melangkah kaki keluar dari bank..
saya dapat panggilan dari Along..


Along : Ngah kenapa kau tak angkat angkat telefon ni Ngah???
Angah : Orang busy lar hari ni.. Hari ni kan Hari Guru..Orang nak bagi Sumbangan kat sekolah sekolah...Kenapa?
Along : Andak Ngah... Andak..
Angah : Kenapa dengan Andak???
Along : Andak dah tak der Ngah...


Aku terus terkedu,tergamam dan terdiam sebentar...


Angah : Hah Takder??? Macam mane pulak?
Along : Andak dah meninggal Ngah... 
Angah : Innalillah.... Macam maner Long ?
Along : Accident...Sekarang kau balik drive slow2....
Angah : Macam mana boleh jadi Long?
Along : Along tak tawu cerita lagi.. Abah pun tak cerita apa-apa lagi... Nanti balik kite pergi Hospital...
Angah : Okey....


Serta merta seluruh badan aku menggigil... Tamatnya perbualan antara aku dengan Along, air mata aku berjujuran laju seperti hujan yang sedang turun kat luar bangunan...
Cuaca diluar seakan mengerti apa yang akan jadi dengan aku sekeluarga..


Semua orang tanya aku...
dah ni kenapa menangis pulak ni???
aku tak mengendahkan langsung pertanyaan mereka dan terus meluru ke arah boss..


Aku: Boss, saya nak balik sekarang!!!
Boss : ???? sambil buat muka pelik..
Aku : saya nak balik boss, Adik saya meninggal...
Boss : Meninggal ??? sebab apa ?
Aku : Accident boss...
Boss: Macam mane?
Aku : Ntah, saya tak tawu cerita pape lagi pun...
Boss : Okey...Tapi you boleh drive tak ni?
Aku : Ntah lah boss, saya menggigil lagi ni.
Boss : you cool down dulu...dah okey, baru gerak. Bahaya nanti
Aku : baik boss.


dan terus tangan aku ambil hp untuk bagitawu pada tunang aku..


sms : Andak meninggal.. (hanya itu saja yang terlarat untuk aku type sebab tak sanggup rasanya dan takde kederat nak tulis panjang2 )


Lepas segala serahan kerja dah dibuat, aku pun tinggalkan bank dengan perasaan yang bercampur baur.
Antara percaya dan tidak..


Sesampainya dalam kereta, tunang aku call dan tanya betul ke tidak..dia pun masih tidak percaya..dan dia terus ambil EL untuk turun ke johor..


Sepanjang perjalanan aku masih berfikir akan hal tadi dan masih terngiang-ngiang apa yang along bagitahu tadi..
dan seta merta jugaklah  masih terbayang-bayang pagi tadi adik aku masih bernyawa sihat bugar depan mata aku..


Ya ALLAH..hebatnya dugaan yang KAU berikan untuk kami sekeluarga Ya ALLAH.


Dalam perjalanan balik ke rumah, makcik aku call.tanya aku kat mana dan dah tawu ke belum.. sambil bertanya, makcikku menangis... walaupun time tu aku sebak sangat2 tapi aku kuatkan hati aku untuk tidak menitiskan air mata time makcikku call..
aku tak sanggup.. nanti makin aku nangis makin makcik aku nangis jugak..


seraya letak nyer fon tu, baru air mata aku jatuh dengan lajunyer... dan terus beristighfar biar ditenangkan hati agar tidak hilang fokus time drive... 


Sesampainyer dirumah........






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, July 24, 2011

hi...how are you..

hi...how are you...

mesti teruja kan dapat chat dari rakan-rakan facebook yang dah lama tak bertegur sapa
tetibe say hye & tanya khabar pada kita...

tak pun kita rasa terlalu pelik tetibe membe yang selalu dah chat ngan kite
tetibe nak speaking LONDON bagai dengan kite..

dan terus lar reply..
oit ko kenapa poyo no nak speaking2 bagai...

padahal membe tak online pon...
huh..

terkono den!!!
alar alar rancangan APA SAJA FBI kat TV9 pulak kan?
huh...

dan time kite reply tu lar
Virus dah masuk menjalankan aktiviti yang ditunggu2 nyer untuk meranapkan lappy,
komputer kita semua..

hai lar zaman sekarang..
teknologi memang dah terlalu maju..
SYABAS!!!

dan ramai juga siswa siswi yang kat luar sana
yang dah terlalu pandai gaknye...

sampai nak sebarkan virus macam tu sekali.
dok menyusahkan orang jer kan?

maybe diorang ni tengah menganggur kot..
tu yang tak tawu nak buat apa tu.
sampai create the new virus..
mesti dey all bangga gile kan virus tu berjaya diorang buat.

TAPIiiiiiiiiii... sebenarnya.
diorang ni dahhhh....

menyalahgunakan ilmu yang dipinjamkan oleh ILAHI untuk dia.
nanti KAU jawablah yer kat alam SANA..
dan kau jinjing lar semua lappy-lappy orang, komputer komputer orang yang dah KAU sebarkan virus tu.

semoga kau sedar yer si tukang penyebar virus.
dan si tukang menyusahkan orang.

Pokok nya...
kalaw uollss ada menerima chatting macam tu kat FB uolssss
sile abaikan yer..



p/s : sakit hatiiiii, sakit sekali.....grrr~~~








HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Hilang Semangat...

Salam uolss...

Sudah lama rasanya tak hapdet blog..
Lama sangat sangat sangat okey..

Ntah kemana hilangnya semangat untuk menulis sejak peristiwa 
16 MEI 2011 bersamaan 12 JAMADILAKHIR 1432H

InsyaAllah lepas ni intan akan kembali bersemangat untuk menulis.

Kalaw uolss nak tawu peristiwa apa yang terjadi pada
16 MEI 2011 bersamaan 12 JAMADILAKHIR 1432H
dalam hidup intan sampai terasa semangat untuk menulis hilang terbuang ntah kemana..
Jangan lupa untuk nantikan nya yer.

Tunggggggguuuuuuuuuuuu...

Ok Bye Bye...


HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, June 11, 2011

Mari bereksperimen..


Hye alllsss... lama dah tak update kan?

Actually this entry dah lama tersorok kat dalam blog ni since 2nd of May hari tu, cuma tak berkesempatan jer nak pubish kat uolsss.. ni semua diatas sebab2 yang tertentu..

Kali ni saya nak cerita mengenai sebuku kertas yang abah saya bawa balik. Dapat pun dari kenalan abah yang kerja kat DiGi.. 
Jom kita bersama-sama buat eksperimen jom...

Jom tengok apa yang abah bawa balik!!!

TARAAAAAAAAAAA........


PEACE!!! NO WAR!!!
Owh apakah itu???



kat atas ni, pic dibahagian tepi kertas tersebut..




HAH!!!
Jelas sikit pic kat atas ni kan?




Mari kita bogel kan benda alah itu (ayat apakah ini?)

Jom bereksperimen bermula dari saat ini...

yeayhhh..

First of all, kita masukkan benda itu ke dalam baldi yang telah berisi air seperti gambarajah dibawah.


Okey, dah masukkan,
benda tu still statik tidak bergerak-gerak..

;
;
;
benda itu mula mengembang sedikit demi sedikit..


apakah akan terjadi selepas itu???


jom LAYAN~~~

TARAAAAAAAAAAAA~~~




ini lar MAGIC TOWEL from DiGi.

kreatif sungguh taw..

tetibe jer tink~ tink~

i have an idea...

yezzzzzzzzzzaaaaa...

Syyyyyyyhhhhhhhhh~~

Kalaw uolsss tak percaye, kat bawah ni menunjukkan satu yang dah dibuat eksperimen oleh mama saya yang tersayang tanpa menunggu sesiapa...sebab mama tak sabar nak wat eksperimen ni sengsorang..huhhu..


kat atas ni pic towel yang dah dibuat dan masih dalam tahanan..hihhi..



pic atas ni pule, towel yang dah keluar tahanan dan sedang menunggu untuk dibebaskan sepenuhnye..

Masa mula-mula abah cakap benda tu towel,
memang saya tak percaya okey..
sangat- sangat tidak percaya..

sampai cakap ngan abah lagi..eleyh~ abah tipuuu..
tak macam towel pun..huhhu...

abah cakap mula2 kawan dia cakap towel pun abah tak caya..
memang tak sangka seyh..
dengan apa lar DiGi ni dok lenyek towel tu kan sampai jadi penyek seperti ayam penyet...
^_______^

jadi tu yang kami sekeluarga buat eksperimen ni..
dan eksperimen tersebut terdiri dari,
ANGAH - tukang amek gambo
ANDAK - tukang amek video
MAMA & ABAH - mandor..

At last percaya jugak akhirnya..
dan towel tersebut telah selamat digunakan oleh MAMA..
menjadi hak milik mama sepenuhnye..

I LOVE YOU MAMA...
muwah muwah muwah...
I LOVE MY FAMILY....







HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Saturday, April 9, 2011

Kesan Segera Pengambilan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada Tubuh

Check It Out Sedikit sebanyak kebaikan segera VCO pada tubuh badan kita. 
Antaranya ialah :-



*Melegakan Pernafasan 
- mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

*Melawaskan Pembuangan Air Besar dan Kecil
- menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.

* Meningkatkan Kadar Metabolisma pada Seluruh Sel Tubuh.
- VCO akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan-badan. Anda akan terasa lebih bertenaga.

*  Di dalam usus kecil dan besar ia  memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing) . Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.

* Mengurangkan Keadaan Mudah Lapar.
- bila penghadaman mencapai tahap maksimum. Tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal. Tidak perlu makan banyak dan kerap.

*Mengurangkan Kandungan Lemak Badan.
- berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

*Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung dan Darah Tinggi.
-  mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

* Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru.
-  mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.


Lepas ni Next Entry, intan kongsi pengalaman intan makan VCO ni yer... 

*** Pada sesiapa yang nak order VCO ni boleh lah emel kan sahaja pada saya
shielazura@yahoo.com
atau PM di FaceBook saya
atau contact saya di Talian 
019-2292088

*** dan pada sesiapa yang nak copy paste tu, sila credit kan pada intanbaizurarosli.blogspot.com ye.. TQVM.





HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA