Pages

Wednesday, March 30, 2011

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W

Pada hari Ahad yang lepas, kampung saya ada buat sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W
Jadi, saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke majlis ilmu sebegini.
setahun sekali jer dapat jumpa kan. 

Okey, kali ni majlis hanya dibuat dari pagi sampai tengah hari sahaja tidak seperti sebelum-sebelum ini. Majlis dibuat dari pagi sampai malam. Mungkin AJK tau kot penduduk akan penat sebab keesokan nya adalah hari bekerja..

Okey tengok lar pic yang tidak seberapa ini dari saya yerp.



wajib lah dimulai dengan berarak satu kampung.. yang barisan depan tu adalah adik-adik yang mengambil tradisi saya iaitu berkhatam beramai-ramai..owh teringat dikala saya sewaktu dahulu..miss that moment..



warga ibu-ibu, para-para wanita dan gadis-gadis lebih ramai dari kaum adam.. standard lar kan majlis agama. 


ini adalah kompang dari group perarakan kami...
ada lagi satu group. tapi saya tak snap pic pun..segan lar. 


menu untuk sarapan adalah mee hoon goreng dan fresh oren yang sudah tertumpah gula..
sangat lah manis air oren ini pada mulanya.. nak kawen kot orang yang buat air ni..hikhik..
bukan saya cakap ye tapi orang uta-tua yang cakap begitu..

Selepas makan tu, majlis khatam AL-QURAN dimulakan dan diikuti oleh majlis Berzanji beramai-ramai oleh orang-orang surau. Lepas tu, diikuti oleh Nasyid oleh adik-adik yang berbakat di kampung ku ini.

Dan acara kemuncak adalah mendengar ceramah dari ustaz merangkap Guru Besar SATP. Lupa pula nama ustaz tu.. Ceramahnya mengenai baginda Rasulullah dan para sahabat..
sangat bestttt...

Setelah itu, majlis penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan majlis makan dalam dulang beramai-ramai..agak-agaknya, lagi 10@15@20 tahun, ada lagi tak ek makan dalam dulang ni??? wallahualam...






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

0 comments:

Post a Comment