Pages

Saturday, September 17, 2011

Sokongan dan Dorongan...Sabar & Tabah.

Terima kasih buat semua kawan-kawan sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak memberi bantuan sokongan  dan dorongan buat kami sekeluarga..

banyak kata-kata perangsang yang kami terima..

Maaf pada kawan-kawan semua sebab aku dah tak terfikir langsung nak bagitahu korang mengenai hal ini.
bukan tak nak bagitahu tapi, kalau korang yang pernah rasa apa yang aku lalui korang tentu akan faham.
Maaf sangat-sangat serius aku tak ingat langsung nak inform..


yer...
perkataan tabah dan sabar sering bermain di telinga pada waktu itu.
aku hargai sangat-sangat..
tapi sekuat mana pun kami, sedih dan pilu tetap ada dalam diri ini.

Actually, sebelum ni aku pernah juga kehilangan ahli keluarga yang lain seperti sepupu, atuk, pakcik dan makcik.  Betul orang cakap hanya orang yang pernah "kehilangan" saje yang faham situasi kami pada waktu itu.

Tapi sedih tu, tak kan sama.. Sangat berbeza sama sekali. Lagi-lagi lah kehilangan orang yang muda dari kita dimana beberapa jam sebelum itu kita masih nampak dia bergerak, bercakap, masih sihat bugar takde sakit yang memudaratkan pun. Sesungguhnya Ajal itu tidak mengenal usia..

Dan aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah S.W.T ambil nyawa adik ku terus, at least dia tidak tersiksa samada koma ataw menahan sakit. ada kenalan adik saya yang lain pun eksiden juga dan disahkan koma selama 2 minggu. Ya Allah siksa nya dia. Setiap hambaNYA memang bahagian lain-lain.

Kami buat kenduri arwah selama 3 hari berturut-turut.. dan ternyata arwah memang amat disenangi dikalangan kawan-kawannya. Lihat pada kedatangan rakan-rakan arwah yang datang cukup menggambarkan bahawa arwah memang baik dan sangat disenangi. Ramai sungguh kawan arwah yang datang kenduri arwah dan ziarah kami pada waktu itu. terharu dan senang sikit hati dan secara tidak langsung dapat redakan sikit kesedihan.

Sekali lagi aku bagi pihak keluarga nak ucapkan jutaan terima kasih dan maaf yang mana terkurang layanan.
Entry yang akan datang, aku akan upload keratan berita kemalangan adik aku.




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Friday, September 16, 2011

16 Mei 2011-Part 2~

Sambungan dari entry yang sebelum ni..
sesampainya dirumah...
tanpa matikan engine, aku terus meluru masuk ke rumah...
yang ada hanya mama dan along.

aku terus keluar semula sebab mama dan along dah ready untuk ke HSI
aku terus duduk disebelah driver..
sebab masih menggigil..takot nak drive jauh2..

dalam hati tak henti-henti aku sedekah Al-Fatihah buat arwah adikku...
dalam keadaan masih terkejut dan percaya dengan tidak...
aku tengok mama sangat tabah...
kami hanya diam membisu dalam kereta pada waktu itu..

di HSI ayahde sama-sama sampai dengan kami.
aku terus keluar kereta dan meluru dapatkan abah.,.
kebetulan time tu pegawai yg incharge kes arwah adikku tengah berbincang dengan abah.

gf arwah adik ada disitu sekali bersama kawan dan abangnya.

lepas bincang dengan polis tu, abah terus berjumpa dengan kaunter meminta kebenaran untuk kami melihat jenazah adikku. Dalam 10 minit, kami pun diminta bersedia..

attendan hospital membawa keluar jenazah adik, dan bile dibuka saja semua yang ada kat situ diselubungi rasa sedih. Aku berdiri teguh disebelah mama, sebab aku satu2 nya anak perempuan dalam kuage aku. Dah jadi tanggungjawab aku untuk kuatkan mama... aku peluk mama kuat-kuat waktu tu..
hanya tangisan yang dapat menggambarkan perasaan kami waktu tu...

Ya Allah, aku masih tidak percaya apa yang aku lihat depan mata ku...
baru 4jam yang lepas aku masih melihat adik aku segar bugar sihat walafiat..
jasadnya masih bergerak..

beratnya dugaanmu Ya Allah...
sesunggunya KAU lebih menyayangi adik ku daripada kami semua..

lepas 5min dalam tu, kami keluar ke lobi dan dimaklumkan post-mortem hanya dibuat dalam pukul 2.30pm.
kami pun pulang ke rumah dan yang tinggal hanya uda untuk menunggu jenazah adik..

Dalam pukul 4.30pm macam tu, jenazah dibawa pulang kerumah untuk disolatkan disurau.segala persiapan mandi dan kafan telah dibuat di hospital..

Sekali lagi aku berdiri dapatkan mama, supaya mama kuat dan sempat aku pesan dengan mama jangan pernah walau setitis pun air mata mama jatuh di jenazah adik.. takut dia tersiksa..(itu yang pernah aku dengar ustaz beri syarahan)

lepas dibuka kain di muka arwah, sekali lagi aku menangis.
tapi mama??? Ya Allah tabah nya hati mama...
hanya bergenang jer air mata mama sambil menelan air liur menahan sebak...
Kuatnya dan tabah nye hati mama pada waktu itu.. aku pun tidak setabah itu... dimana mama cari kekuatan itu? mama terlalu sayangkan arwah adik sebab tu mama tak nangis dan mama redha dengan ketentuan-NYA. Aku bangga dapat mama setabah itu dan bermohon kepada-nya supaya aku sekuat dan setabah mama.

jenazah terus dibawa ke surau untuk disolatkan dan ke tempat pengebumian untuk disemadikan.
Jenazah selamat dikebumikan jam 5.20pm lebih kurang...



 HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA