Pages

Wednesday, March 30, 2011

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W

Pada hari Ahad yang lepas, kampung saya ada buat sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W
Jadi, saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke majlis ilmu sebegini.
setahun sekali jer dapat jumpa kan. 

Okey, kali ni majlis hanya dibuat dari pagi sampai tengah hari sahaja tidak seperti sebelum-sebelum ini. Majlis dibuat dari pagi sampai malam. Mungkin AJK tau kot penduduk akan penat sebab keesokan nya adalah hari bekerja..

Okey tengok lar pic yang tidak seberapa ini dari saya yerp.



wajib lah dimulai dengan berarak satu kampung.. yang barisan depan tu adalah adik-adik yang mengambil tradisi saya iaitu berkhatam beramai-ramai..owh teringat dikala saya sewaktu dahulu..miss that moment..



warga ibu-ibu, para-para wanita dan gadis-gadis lebih ramai dari kaum adam.. standard lar kan majlis agama. 


ini adalah kompang dari group perarakan kami...
ada lagi satu group. tapi saya tak snap pic pun..segan lar. 


menu untuk sarapan adalah mee hoon goreng dan fresh oren yang sudah tertumpah gula..
sangat lah manis air oren ini pada mulanya.. nak kawen kot orang yang buat air ni..hikhik..
bukan saya cakap ye tapi orang uta-tua yang cakap begitu..

Selepas makan tu, majlis khatam AL-QURAN dimulakan dan diikuti oleh majlis Berzanji beramai-ramai oleh orang-orang surau. Lepas tu, diikuti oleh Nasyid oleh adik-adik yang berbakat di kampung ku ini.

Dan acara kemuncak adalah mendengar ceramah dari ustaz merangkap Guru Besar SATP. Lupa pula nama ustaz tu.. Ceramahnya mengenai baginda Rasulullah dan para sahabat..
sangat bestttt...

Setelah itu, majlis penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan majlis makan dalam dulang beramai-ramai..agak-agaknya, lagi 10@15@20 tahun, ada lagi tak ek makan dalam dulang ni??? wallahualam...






HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Tuesday, March 29, 2011

Rumah di Rompak!!!


Haip haip..  Hari ni nak bercerita pasal my miamor lagi..
bosankah???  tak pe, kalau bosan sila jangan malu dan segan untuk KLIK "X" button yang berada di hujung kanan uolllssss.. nyway thank u sebab sudi drop by di sini..

Okey, kejadian berlaku pada hari khamis yang lepas iaitu pada 24 MAC 2011 
lebih kurang jam 2.30 pagi lar gitu.
Tapi saya dapat panggilan dari my miamor jam 3.06am macam tu.
 Dengan sedar 50:50 antara mamai dan sedar, handphone ku berbunyi ring ring ring..
ku angkat ku dengar siapa..
eceh nyanyi lar pula saya ni.heheh..

en tunang : sayang, rumah kena rompak!!!!
saya : hah??? habis u macam mana??? okey tak??? barang apa jer yang hilang???
en tunang : tangan luka. ni i otw nak pergi klinik ni.
saya : okey, hati-hati.. u dengan siapa? kawan2 ada tak tu?naik apa?
en tunang : ada, shafiq & wadi..  i nak amek kunci kereta pun tak larat ni.
saya : okey sayang, papehal, inform i key..

talian pun dimatikan dan saya meneruskan tidur yang telah diganggu sebentar tadi.
hati risau pun lena tidur lagi. ngeee~~

Masa mula mula, ingatkan luka my miamor hanya sedikit sahaja. 
Saya pun paksa dia untuk MMS pada saya.. 
Rupa-rupanya.... HAH AMEK KAW!!! 




ni pic dari jarak jauh kedua-dua jari ibu kanan dan kiri beliau telah terluka..
apa? tak nampak? jap saya zooooooooooomm sikit




hah ni jari kanan



yang ini pula jari kiri. nasib baik cincin tunang dia tak rembat sekali..
perampok owh perampok..

Masa mula-mula dapat MMS dari my miamor ni, sangat ngeri.. tak sanggup nak melihatnya.
sampai sekarang masih tak dapt nak tengok dengan lama nya... 
takot.. ngeri..ngilu pun ada...

doktor nak jahit tapi my miamor tak nak..
ntah kenapa ntah tak nak jahit..
tengok pic ni macam dalam je luka dia kan..
kalau saya di tempat dia, dah tentu-tentu saya mem"follow" je
 kata-kata doktor pada ketika itu. 

Target si perampok untuk merampok :
Bila isi rumah semua dah tidur dan lampu di bilik terbuka manakala lampu di hall tutup gelap gelita, jadi senang lar dia nak buat keje, sebab orang luar tak kan nampak kelibat dia..

Untuk pengetahuan uolsss semua, my miamor ni kalau nak tidur jer mesti dia tutup lampu terus, sebab kalau terang-terang ni, tidur tak lena... ^___^
Nak dijadikan cerita, pada malam itu my miamor ni buat kerja office dia dan terus terlena sampai tak tertutup lampu kat bilik dia tu. penat sangat lar tu, keje office bawa balik rumah lagi.. memang hardworker.. Semoga tahun ni dapat lagi award pekerja terbaik yer sayang.. ameeen....

Bahan yang digunakan :
galah yang panjang untuk menjolok & maybe sauk kot. sebab purse yang di atas meja pun dia boleh dapat.

My miamor cakap, dia jolok jolok dari tingkap & purse tu dia letak lebih kutang 10meter dari tingkap. tapi still berjaya di rembat nya.. seluar slack kerja my miamor pun dia rembat gak.. sebab, kat seluar my miamor tu ada case handphone. dia ingat dalam tu ada handphone lar tu.. tak dapat jack...
dan tangan my miamor luka adalah disebabkan drama tarik seluar antara beliau dan perampok itu. bukan sebab seluar yang ingin pertahankan oleh beliau tapi my miamor sangat geram dengan perampok yang sengal itu. ada kederat tu, pergi lar cari kerja.. orang penat-penat pergi kerja dengan tulang empat kerat, dia senang-senang jer nak rembat.
tak selamat hidup kaw perampok.. 

barang yang hilang :
RM 60.00 - nasib baik time ni duit tak banyak. sebab tak withdraw lagi dan gaji tak masuk lagi. walaupun tak banyak tapi boleh buat makan 12 hari tuuuuuuuuu... kalau isi minyak kerat pun full tank. boleh samapi jb jumpa dengan saya lagi.. HUH!!!

Mula-mula dia amek purse, tapi at last dia buang purse tu kat bakul motor my miamor's housematte. kalaw tak, mampuih nak report dan buat segala bagai pengenalan diri, atm card dan bla bla bla semua...

Suspek telah disyaki, tapi tiada bukti kukuh lagi.. Sebab disyaki disebabkan sudah ramai penduduk situ kene rampok sebagaimana my miamor kene, tapi selalu nya penduduk situ, tidur mati (peribahasa ok!!!) waktu kejadian berlaku.. my miamor pulak boleh tersadar sebab kebetulan dia sangkut plastik kat tingkap bilik dia. jadi dia dengar lar bunyi bising "kesek,kesek,kesek," lalu terbangun lar beliau.. tapi sayang, tak sempat nak tangkap perampok ni sebab housematte miamor lambat untuk keluar dari rumah..

takpe takpe, sepandai pandai tupai melompat.. satu hari nanti kau jatuh kat tanah juga... tunggu lah balasan ALLAH.. kalau tak sekarang kau dapat, kat akhirat kelak ye.

Okey, pesanan saya untuk semua readers blog ni. hati-hati walau apa jua yang kita lakukan ye. time tidur pun jenayah boleh berlaku. 

BUBBYE....



HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Sunday, March 27, 2011

Celebrate My Miamor's Birthday..

Kali ni nak cerita time celebrate birthday my miamor..
 Agak terlewat seminggu untuk celebrate birthday si dia. masing masing busy dengan kerja di hujung minggu.
Lewat seminggu pun tak pe lar kan??? at least sambut juga..
kesian si dia kalaw tak sambut nanti, dah 3 tahun berturut-turut tak celebrate birthday dia.

Saya terpaksa untuk memaksa my miamor ni untuk turun ke johor. kalau tidak, jangan harap nak bertemu dengan si dia yang terlalu busy.. sampai tiada masa untuk diluangkan bersama-sama.
terasa dipinggirkan okey.. wuwuwuuuuuuuu sedih ya amat...

Walaupun pada hari tersebut saya ditugaskan di Plaza Angsana sempena Karnival Pendidikan Anjuran Mara.
tapi, saya tetap berdegil menyuruh my miamor untuk datang ke JB.
sebab, pada minggu itu sahaja lar my miamor tiada tugasan di hari minggu.
hari pertama menjejakkan kaki ke JB, kami pergi tengok movie pada malam hari nye..

dan keesokan nya pula kami pergi jenjalan mencari present untuk miamor..
hampir 2 jam juga lar mencari present yang berkenan dihati miamor saya ni
then, terus mencari secret recipe sebab nak makan kek..


Tarikh : Minggu Pertama di Bulan Mac.
Tempat : Sekitar Johor Bahru.
Peserta : Cik Zura & Encik Yusof.
Theme : Hijau (sejuk mata memandang)



Ini lar dia my birthday boy...

happy birthday my dear... makan lar se slice kek ny yer.. banyak-banyak pun bukan nya kamu habis..ye tak? (huhhu..alasan jer.padahal nya kalaw beli sejibik kek, confirm RM75.00 punya)

Jom Cuci mata makanan-makanan yang kami order on that time. 



pic atas tu, kami gelar kan nya karipap besar.. sebab tak tau nama sebenar makanan ini.
miamor saya sangat gila akan makanan ini.
saya pun tidak mengerti kenapa..sedap sangat kot.



chocolate indulgence itu, saya yang punya.
yang strawberry cheese itu, miamor yang punya
tapi kedua-dua nya sangat...
walaaaaaaaaaaaaahhhhh..
SUPERB gila rasa dia..
terasa mau tambah jer.. tapi sudah kekenyangan pula.


Mari kita zoom sikit kek kek tersebut...



ini dia chocolate indulgence kepunyaan saya. yang sangat dijeleskan oleh miamor saya. dia kata tak aci sebab saya punye kek lebih besar berbanding dia punya..walhal, dia yang dirai..sudah terbalik jadinya..
hahha..alar tak pa lah sayang, kan kita share..



dan ini pula strawberry cheese yang dikatakan kecil itu.




ini adalah makanan saya.. dah terlalu lapar, jadi makan dulu baru ambil gambar.. ^__^


ada lagi pic yang  tidak di upload lagi oleh chenta hati saya..
kalau nak tunggu di upload, ntah bila nak post entry ni..sebab si dia sangat lar busy..




Sekian berita dari insan yang BERNAMA Intan Baizura Rosli..





HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA

Thursday, March 24, 2011

Owh Tayar ku!!! Kamu Ternoda..

Hye uolsss, waahhh rindu sangat-sangat nak update blog sebenar nya
tapi disebabkan oleh line broadband celcom kat area rumah saya ni macam siput sedut
jadi mood itu hilang entah ke mana. 
huhh... amat bersawang kot..
maaf lar yer pada sesiapa yang menunggu dengan penuh kesabaran..

hihih perasan jer lar kaw cik intan... PASAL LAR!!!
^_________^

Okey, sudah lar tu kata alu aluan dari saya ye..
jom kiter menikmati gambar-gambar di bawah



gambar diatas ialah sebiji tayar viva
dan viva itu milik saya yer...
saya itu adalah intan baizura rosli.
dan sudah tentulah tayar itu juga milik saya. tak gitu?
uolllssss nampak tak apa ada pada tayar itu?
alar yang tersekat kat atas tu yang berwarna silver tuuuu.

pada mula nya saya beranggapan itu adalah paku biasa sahaja.

tetapi..........

JENG...JENG...JENG

jom scrool ke bawah
.
.
.
.


YEEEEEEEHAAAAAAAAA


hah..amacam?panjang tak panjang gak kan besi tu..
cam mane lar tak lembik liut tayar saya time tu
time ny hati saya berdebar-debar dan jantung berdegup dengan laju nya okey..

foreman tu siap cakap lebih kurang macam ni lah dialog dia

" mak aih panjang nyer besi ni.. ni tak jamin boleh tampal jer okey.. tapi kita try nanti"

dan terus berkata-kata dalam hati
 "adeh nak kena keluar duit lagi lar macam ni. kereta ni macam tau tau je kan.."




hah amacam? panjang bukan?
saya pun pelik juga macam mana lar besi sepanjang ini yang tidak tajam langsung boleh menembusi tayar viva saya yang comel tu..
tidak dapat terima kenyataan pada mulanya.. tapi bila dah buat kesimpulan dan segala hipotesis dah dibuat(eceh macam belajar sains dulu dulu lak kan)
saya pun dah dapat jawapan nya.. 

bila dah siap mengerjakan besi panjang ini  si foreman dan encik tunang saya boleh lak menipu saya hidup-hidup dengan mengatakan cas untuk tampal dengan cacing yang paling besar diantara cacing cacing yang ada itu adalah RM 80.00. 
Maklumlah, perempuan kan, mana tau benda-benda remeh macam ni. saya pun meng "OK" kan je lar kata-kata mereka..

rupa nya hanya RM8.00 sahaja..
servis memang tip top lar foreman tu..
siap simpankan segala macam barang-barang yang digunakan oleh encik tunang saya semasa tukar tayar pada malam itu. 
siap letakkan seat belt yang belakang yang telah disorokkan oleh abang saya.
dan siap membebel lagi. membebel untuk keselamatan saya juga..
terima kasih encik foreman..

dan yang paling saya suka dengan encik foreman tu adalah..
dia siap suruh ambil gambar lagi time dia tengah menarik sekuat hati si besi panjang dari tayar vivaku itu. macam tau tau je kan saya nak letak dalam blog saya ini.. tapi mungkin encik foreman tu penat kot dan boleh lah dia berehat sebentar sambil call member dia.huuhhu..

TENKIEW encik Foreman...
lepas ni boleh lar saya servis tayar di sana lagi...

dannnnnnn...

tak lupa juga ucapan terima kasih kepad encik tunang saya yang telah bersusah payah datang ke JB untuk celebrate birthday dia yang lewat seminggu time tu dan kena pulak tukar tayar viva saya yang pancit ketika itu. waktu tu lepas tengok wayang cerita apa ntah..dah lupa dah.hehhe.. time tu dah lewat malam dah kot..

Sayang Encik Tunang saya Sangat-sangat..

Love You Muhammad Yusof bin Atan..



Muwah...




HASIL NUKILAN INTAN BAIZURA